Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Jualan OPPO O-Fans Day yang pertama akan berlangsung di Lazada pada 12 Ogos ini

Dapatkan tawaran menarik pada OPPO O-Fans Day yang akan berlangsung buat julung kali pada 12 Ogos 2022 ini di stor rasmi OPPO di Lazada.

Antara tawaran yang boleh dinikmati adalah baucar diskaun, hadiah percuma dan tawaran pembelian dengan pembelian (PWP) bernilai sehingga 57% diskaun disediakan hanya untuk peminat OPPO.

OPPO telah mengumumkan bahawa dengan setiap pembelian telefon pintar OPPO Reno8 Series, Find X5 Pro 5G dan Find X3 Pro 5G akan menerima bantal harimau percuma, peluanh memenangi pas masuk ke acara eksklusif OPPO dan memiliki peranti melalui pelan ansuran serendah dari RM66.64/bulan melalui pelan ansuran 0% faedah sehingga 36 bulan.

Selain itu, pembeli OPPO Find X5 Pro 5G dan Find X3 Pro 5G juga boleh memiliki OPPO Enco X pada harga RM8 sahaja.

Dalam pada itu, OPPO juga menawarkan dua pakej bundle yang membolehkan anda memiliki telefon pintar OPPO bersama TWS yang menawarkan penjimatan sehingga RM 146.

Dua pakej bundle tersebut adalah seperti berikut :

OPPO A57 (4GB + 128GB) & Enco Buds – RM 812 (RRP RM958)

OPPO A16 (4GB + 64GB) & Enco Air2 Pro – RM 812 (RRP RM 948)

Akhir sekali, OPPO juga menawarkan baucar diskaun bernilai RM 100 bagi pembelian OPPO Reno8 Series atau OPPO A96.

Pastikan anda tidak terlepas OPPO O-Fans Day Sale yang akan berlangsung pada 12 Ogos ini diĀ  stor rasmi OPPO di Lazada.

 

 

 

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.