Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

AmBank dan Maybank beri petunjuk ApplePay bakal dilancarkan di Malaysia

AmBank dan Maybank beri petunjuk ApplePay bakal dilancarkan di Malaysia 1

AmBank dan Maybank beri petunjuk ApplePay bakal dilancarkan di Malaysia 2

Ciri perkhidmatan pembayaran tanpa tunai Apple iaitu ApplePay semakin hampir untuk dilancarkan di Malaysia selepas dua buah bank tempatan iaitu AmBank dan Maybank mengesahkan penawaran ciri ini akan ditawarkan tidak lama lagi.

ApplePay telah dilancarkan pada tahun 2014 dan ini membolehkan anda membuat pembayaran tanpa tunai secara terus menggunakan iPhone, iPad , Apple Watch atau Mac dengan hanya menambah kad kredit/debit kedalam aplikasi Wallet pada peranti Apple anda.

AmBank dan Maybank beri petunjuk ApplePay bakal dilancarkan di Malaysia 3
ApplePay AmBank

Setakat ini Apple juga belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai penawaran ApplePay di Malaysia dan Singapura masih menjadi satu-satunya negara dirantau ini yang mempunyai sokongan ApplePay.

AmBank dan Maybank beri petunjuk ApplePay bakal dilancarkan di Malaysia 4

Selain itu, terdapat juga laporan yang mengatakan pelancaran rasmi ApplePay di Malaysia akan berlangsung pada 9 Ogos ini.

AmBank dan Maybank beri petunjuk ApplePay bakal dilancarkan di Malaysia 5
Senarai kad Maybank yang akan menyokong ApplePay

Sumber

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.