Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI MatePad Pro 11 akan tiba di Malaysia pada 19 Ogos ini

HUAWEI MatePad Pro 11 yang diperkenalkan di HUAWEI APAC Smart Office Launch 2022 telah disahkan akan dilancarkan di Malaysia pada 19 Ogos ini.

Secara asasnya, HUAWEI MatePad Pro 11 ditawarkan didalam dua versi iaitu versi Snapdragon 888 yang tampil dengan pengecasan pantas 80W manakala versi Snapdragon 870 pula tampil dengan pengecasan pantas 40W sahaja.

Bercakap mengenai skrin, HUAWEI MatePad Pro 11 tampil dengan skrin paparan OLED Real Color HUAWEI FullView berukuran 11-inci yang menyokong kadar segar semula 120Hz.

HUAWEI MatePad Pro 11 juga merupakan sebuah tablet yang nipis dengan ketebalan 5.9mm dan berat 440gram dan ianya dilengkapi dua kamera dibelakang iaitu 13MP + 8MP ultrawide serta kamera hadapan 16MP yang diutamakan untuk panggilan video.

Dari segi dalaman, HUAWEI MatePad Pro 11 dipadankan dengan kapasiti RAM sehingga 8GB, storan dalaman sehingga 256GB, bateri 8,300mAh dan HarmonyOS 3.0.

Seperti kebanyakkan tablet HUAWEI dipasaran, MatePad Pro 11 juga tampil dengan papan kekunci HUAWEI Smart Keyboard dan sokongan stylus HUAWEI M Pencil generasi kedua.

Maklumat promosi dan harga HUAWEI MatePad Pro 11 dijangka akan didedahkan didalam waktu terdekat.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.