Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

TWS Black Shark Lucifer T14 dan Fun Cooler 3 Pro kini di Malaysia – harga dari RM 99

Black Shark Malaysia secara rasminya telah melancarkan dua produk baharu ke pasaran tempatan iaitu TWS Black Shark Lucifer T14 dan kipas penyejuk peranti Black Shark Fun Cooler 3 Pro pada harga yang sangat berpatutan.

Black Shark Lucifer T14 tampil dengan reka bentuk bekas pengecasan lutsinar dengan earbuds semi in-ear design.

TWS ini menjanjikan prestasi audio terbaik ketika gaming dengan pemacu 13mm dan ianya mempunyai waktu pendengaran sehingga 24 jam. Earbuds menawarkan 6 jam waktu pendengaran bagi satu pengecasan penuh.

Selain itu, Black Shark Lucifer T14 juga memiliki ciri kawalan Smart Touch, pengecasan penuh didalam masa 1.5 jam dan ciri One Step pairing dengan Bluetooth 5.0.

Black Shark Lucifer T14 kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 99 dan pembelian boleh dibuat melalui stor Black Shark di Shopee & Lazada , Kedai Tik Tok Black Shark, dan melalui pengedar sah.

Shopee: https://bit.ly/3vwNwp2

Lazada: https://bit.ly/3SdW5Px

TikTok: https://bit.ly/3ShiCL5

Selain itu, Black Shark Fun Cooler 3 Pro pula adalah generasi baharu kipas penyejuk telefon pintar yang tampil dengan sokongan kepada semua telefon pintar dipasaran.

Black Shark Fun Cooler 3 Pro terdiri daripada sistem penyejukan pantas 20W yang mempunyai 7 bilah kipas berkelajuan tinggi merentasi susunan sink haba 17 keping yang mampu menurunkan suhu telefon pintar sebanyak 30°C.

Black Shark Fun Cooler 3 Pro menawarkan kawasan penyejukan 2200mm² yang sangat besar yang terletak di dalam badan yang padat dan penyejuk termoelektrik tersuai (TEC) dengan kecekapan pelesapan haba 72% lebih tinggi.

Black Shark Fun Cooler 3 Pro juga boleh dipra tetap menggunakan aplikasi Shark Arsenal yang termasuk lampu RGB, tahap penyejukan dan mod penyejukan Smart yang menetapkan tahap penyejukan berdasarkan suhu peranti.

Black Shark Fun Cooler 3 Pro kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 249 dan pembelian boleh dibuat melalui stor Black Shark di Shopee & Lazada , Kedai Tik Tok Black Shark dan melalui pengedar sah.

Shopee: https://bit.ly/3vwNwp2

Lazada: https://bit.ly/3Sj61az

TikTok: https://bit.ly/3zfeD9m

 

 

 

 

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.