Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OPPO Reno8 Z 5G bakal tiba di pasaran global

OPPO baru-baru ini telah memperkenalkan dua telefon pintar terbaru OPPO Reno8 Series di Malaysia iaitu OPPO Reno8 5G dan OPPO Reno8 Pro 5G

Walaubagaimanapun, Evan Blass dari @evleaks telah mendedahkan bahawa OPPO Reno8 Z 5G akan dilancarkan untuk pasaran global tidak lama lagi dan ianya akan dijana cip Snapdragon 695.

Pada bahagian belakang, OPPO Reno8 Z 5G ini tampil dengan rekaan yang sama seperti OPPO Reno8 Series yang lain namun ianya tampil dengan tiga modul kamera.

OPPO Reno8 Z 5G memiliki spesifikasi yang sama seperti OPPO Reno7 Z 5G yang kini ditawarkan di Malaysia namun syarikat ini mungkin menambahbaik spesifikasi generasi baharu ini sebelum dilancarkan di pasaran tempatan.

Sumber

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.