Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ACER Day 2022 dimulakan dengan pelancaran Acer Swift 5 dan inisiatif teknologi mampan

ACER Day 2022 dimulakan dengan pelancaran Acer Swift 5 dan inisiatif teknologi mampan 11

Bersempena dengan sambutan tahunan Acer Day 2022, Acer Malaysia telah memperkenalkan beberapa komputer riba terbaru syarikat untuk pasaran tempatan dan beberapa produk komersial yang menyokong masa depan yang lebih mampan dengan menyediakan lebih banyak pilihan kepada perniagaan untuk mengurangkan pencemaran karbon mereka.

ACER Day 2022 dimulakan dengan pelancaran Acer Swift 5 dan inisiatif teknologi mampan 12

Selain itu, Acer juga sedang mengadakan roadshow menarik di Pavilion Bukit Jalil yang memberikan pengguna peluang melihat sendiri inisiatif syarikat ini ke arah teknologi mampan selain menikmati promosi menarik dengan pembelian produk Acer yang terpilih.

ACER Day 2022 dimulakan dengan pelancaran Acer Swift 5 dan inisiatif teknologi mampan 13

Anda juga pasti tidak mahu terlepas menebus kredit eWallet Touch‘n Go bernilai RM 5 hanya dengan membawa 5 botol air plastik untuk dikitar semula oleh syarikat ini.

ACER Day 2022 dimulakan dengan pelancaran Acer Swift 5 dan inisiatif teknologi mampan 14

Beralih kepada produk yang dilancarkan oleh Acer iaitu Acer Swift 5 yang ditawarkan didalam tiga varian pada harga dari RM 4,699.

Acer Swift 5 versi Intel i5 akan hadir dengan skrin IPS WUXGA berukuran 14-inci dengan resolusi 2000 x 1200, 8GB RAM LPDDR5, 512GB PCle Gen-4, Intel Iris Xe Graphics dan jangka hayat bateri sehingga 9.5 jam.

Selain itu, satu lagi model Acer Swift 5 dengan pemproses Intel i7 akan hadir dengan skrin IPS WUXGA berukuran 14-inci dengan resolusi 2000 x 1200, 16GB RAM LPDDR5, 1TB PCle Gen-4, Intel Iris Xe Graphics dan jangka hayat bateri sehingga 9.5 jam.

Model ketiga dan yang paling premium pula akan tampil dengan pemproses Intel i7 akan hadir dengan skrin IPS WQXGA berukuran 14-inci dengan resolusi 2560 x 1600, 16GB RAM LPDDR5, 1TB PCle Gen-4, Intel Iris Xe Graphics dan jangka hayat bateri sehingga 9.5 jam.

Acer Swift 5 kini ditawarkan di Malaysia pada harga seperti berikut :

Acer Swift 5 Intel Core i5-1240P-56T-50Q1- RM 4,699

Acer Swift 5 Intel Core i7-1260P-56T-71RH – RM 5,999

Acer Swift 5 Intel Core i7-1260P-56T-71Q8-RM 6,599

ACER Day 2022 dimulakan dengan pelancaran Acer Swift 5 dan inisiatif teknologi mampan 15

Acer juga mengumumkan beberapa promosi tambahan dengan pembelian Acer Swift 5 yang boleh dinikmati untuk tempoh terhad.

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.