Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S23 Ultra dijangka tampil dengan sensor 200MP

Samsung telah memperkenalkan dua sensor 200MP untuk telefon pintar iaitu ISOCELL HP1 dan ISOCELL HP3.

Menurut Ice Universe, satu lagi sensor 200MP akan diperkenalkan oleh Samsung dan ianya akan digunakan pada Samsung Galaxy 23 Ultra.

Selain itu, sensor 200MP yang akan digunakan pada Samsung Galaxy S23 Ultra akan dikenali sebagai HP2.

Ini bukan kali pertama terdapat laporan mengenai penggunaan sensor 200MP pada Samsung Galaxy S23 Ultra namun terdapat juga laporan yang menyebut bahawa sensor periskop 10x akan kekal pada resolusi 10MP.

Samsung Galaxy S23 Series dijangka akan dilancarkan pada awal tahun 2023.

Sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.