Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Wiko T10 dan Wiko T50 kini di Malaysia pada harga promosi serendah RM 369

Wiko secara rasminya telah melancarkan dua telefon pintar Wiko T Series di Malaysia iaitu Wiko T50 dan Wiko T10.

Wiko adalah jenama telefon pintar popular yang berpangkalan di Perancis dan syarikat ini telah menyatakan komitmen untuk menawarkan produk terbaik syarikat di Malaysia.

Wiko T50 merupakan model telefon pintar premium terbaru syarikat ini dan ianya akan hadir dengan skrin FHD+ Edgeless berukuran 6.6-inci, cip MediaTek Helio G85, 6GB RAM dan storan dalaman 128GB.

Selain itu, Wiko T50 juga memiliki tetapan tri-kamera yang terdiri dari sensor utama 64MP, sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP. Kamera selfie adalah 16MP.

Dalam pada itu, Wiko T50 juga akan memiliki bateri berkapasiti 4,000mAh dengan pengecasan pantas 40W, sensor capjari pada bahagian sisi, bicu audio 3.5mm dan sistem operasi Android 11.

Wiko T50 akan ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu Aqua Green dan Midnight Black pada harga RM 899.

Beli Wiko T50 di stor rasmi Wiko di Shopee

Beralih kepada Wiko T10 pula, ianya akan hadir dengan skrin paparan HD+ berukuran 6.5-inci, cip Helio A22, 2GB RAM, 64GB storan dalaman dan Android 11 Go Edition.

Wiko T10 juga akan memiliki kamera 13MP dibelakang, sensor selfie 5MP dan bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan pantas 10W.

Wiko T10 akan ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu Midnight Black dan Emerald Green pada harga RM 429 namun anda boleh mendapatkanya pada harga RM 369 sempena Jualan 8.8.

Beli Wiko T10 di stor rasmi Wiko di Shopee

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.