Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme narzo 50i Prime kini rasmi di Malaysia- harga dari RM 429 sahaja

realme narzo 50i Prime kini rasmi di Malaysia- harga dari RM 429 sahaja 3
realme secara rasminya telah melancarkan  telefon pintar kelas entry-level narzo 50i Prime untuk pasaran Malaysia dengan harga penjualan dari RM 429.

realme narzo 50i Prime hadir dengan pemproses octa core Unisoc yang dipadankan dengan 3GB atau 4GB RAM dan storan dalaman 32GB atau 64GB.

realme narzo 50i Prime juga mempunyai skrin paparan HD+ berukuran 6.5-inci yang mempunyai takukan mini-drop dengan nisbah skrin kepada badan 88.7% dan tidak lupa reka bentuk Vertical Stripe Design yang mempunyai ketebalan 8.5mm dengan berat 182 gram. 

Selain itu, realme narzo 50i Prime juga mempunyai sensor utama 8MP. Kamera selfie adalah 5MP.

realme narzo 50i Prime akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Mint Green da  Dark Blue pada harga RM 429 bagi varian 3/32GB dan RM 499 bagi varian 4/64GB.

Selain itu, realme akan turut menawarkan narzo 50i Prime pada harga istimewa pada 8.8 realme narzo Day Flash Sale yang akan berlangsung di Lazada dan Shopee.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.