Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nothing Phone (1) kini rasmi di Malaysia pada harga dari RM 2,399

Seperti yang dijanjikan, telefon pintar paling ‘hype’ dipasaran ketika ini iaitu Nothing Phone (1) telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia dan pasaran negara kita juga adalah antara pasaran terawal didunia untuk menerima telefon pintar ini.

Nothing Phone (1) adalah sebuah telefon pintar yang dilancarkan oleh syarikat yang diasaskan oleh Carl Pei dengan azam untuk menawarkan pengguna sebuah peranti yang lain daripada lain.

Nothing Phone (1) mempunyai skrin paparan OLED berukuran 6.55-inci yang merupakan panel 10-bit yang mampu memaparkan 1 bilion warna dan ianya juga mempunyai kadar segar semula 120Hz. Nothing menggunakan panel OLED fleksibel untuk mencapai saiz bezel simetri pada semua sudut dan paparan flat ini turut dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 5.

Selain itu, Nothing Phone (1) juga tampil dengan cip Snapdragon 778G+, 8GB RAM atau 12GB dan kombinasi storan dalaman 256GB jenis UFS 3.1 ( hanya varian ini akan ditawarkan di Malaysia pada permulaan).

Beralih kepada kamera pula, Nothing Phone (1) memiliki dua unit kamera dibelakang iaitu satu sensor utama 50MP Sony IMX766 (OIS + EIS) dan satu sensor ultrawide 114⁰ 50MP JN1. Kamera selfie adalah 16MP Sony IMX471.

Ke bahagian bateri, Nothing Phone tampil dengan bateri berkapasiti 4,500mAh yang menyokong pengecasan pantas 33W, pengecasan tanpa wayar 15W dan pengecasan reverse charging 5W. Harus juga kami maklumkan bahawa didalam kotak pembelian tiada adapter pengecasan disertakan.

Selain itu, Nothing Phone (1) akan hadir dengan antaramuka Nothing OS (1) yang berasaskan Android 12, sistem LED Glyph pada panel belakang lutsinar.

Akhir sekali, Nothing Phone (1) akan ditawarkan mulai 1 Ogos ini didalam dua warna iaitu hitam dan putih pada harga RM 2,399 bagi versi 8/256GB dan RM 2,699 bagi versi 12/256GB namun versi ini hanya akan ditawarkan di Malaysia. pada lewat pertengahan Ogos

Beli Nothing Phone (1) di :

Dalam pada itu, Nothing juga telah mengesahkan akan membuka stor pop-up khas di Star Hill, Bukit Bintang pada 21-25 Julai ini yang membolehkan anda menguji dan membuat pra-tempahan bagi Nothing Phone (1).

Selain itu, Nothing juga telah berkerjasama dengan jenama fesyen terkemuka Crossover yang akan menawarkan Nothing Phone (1) mulai 18 Julai namun didalam kuantiti yang amat terhad. Pembelian Nothing Phone (1) melalui Crossover boleh dibuat secara atas talian di SINI atau di stor fizikal.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.