Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Wiko T50 dan Wiko T10 akan dilancarkan di Malaysia pada 2 Ogos ini

Wiko secara rasminya telah mengesahkan pelancaran telefon pintar Wiko T Series di Malaysia pada 2 Ogos ini iaitu Wiko T50 dan Wiko T10.

Wiko adalah jenama telefon pintar popular yang berpangkalan di Perancis yang telah komited untuk menawarkan produk terbaik syarikat di Malaysia.

Wiko T50 dan Wiko T10 adalah telefon pintar yang memiliki spesifikasi kelas midrange.

Wiko T50 merupakan model telefon pintar premium terbaru syarikat ini dan ianya akan hadir dengan skrin FHD+ Edgeless berukuran 6.6-inci, cip MediaTek Helio G85, 6GB RAM dan storan dalaman128GB.

Selain itu, Wiko T50 juga memiliki tetapan tri-kamera yang terdiri dari sensor utama 64MP, sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP. Kamera selfie adalah 16MP.

Dalam pada itu, Wiko T50 juga akan memiliki bateri berkapasiti 4,000mAh dengan pengecasan pantas 40W, sensor capjari pada bahagian sisi, bicu audio 3.5mm dan sistem operasi Android 11.

Beralih kepada Wiko T10 pula, ianya akan hadir dengan skrin paparan HD+ berukuran 6.5-inci, cip Helio A22, 2GB RAM, 64GB storan dalaman dan Android 11 Go Edition.

Wiko T10 juga akan memiliki kamera 13MP dibelakang, sensor selfie 5MP dan bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan pantas 10W.

Maklumat harga dan penawaran Wiko T50 dan Wiko T10 di Malaysia dijangka akan diumumkan kelak.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.