Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor X8 5G dilancarkan dengan cip Snapdragon 480+

Honor X8 5G dilancarkan dengan cip Snapdragon 480+ 1

Honor X8 5G dilancarkan dengan cip Snapdragon 480+ 2

Honor secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar Honor X8 5G yang merupakan model 5G kepada Honor X8 yang dilancarkan beberapa bulan lalu.

Walaubagaimanapun, Honor X8 5G ini juga hadir dengan pelbagai perbezaan dalaman yang dilakukan untuk mengekalkan harga yang berpatutan.

Honor X8 Honor X8 hadir dengan skrin IPS LCD berukuran 6.5-inci, cip Qualcomm Snapdragon 480+ yang lebih berkuasa, 6GB RAM dan 128GB storan dalaman.

Honor X8 5G dilancarkan dengan cip Snapdragon 480+ 3

Selain itu, Honor X8 5G menampilkan penggunaan sensor utama 48MP bersama sensor makro 2MP dan sensor depth 2MP. Tiada sensor ultrawide seperti pada versi 4G. Kamera selfie punch-hole 8MP juga disertakan.

Dalam pada itu, Honor X8 5G tampil dengan bateri berkapasiti 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas Honor SuperCharge 22.5W.

Honor X8 5G akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Midnight Black dan Ocean Blue namun buat masa ini harga jualan tidak diketahui.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.