Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN: Xiaomi Smart Air Purifier 4 – Pembersih Udara Mampu Milik yang patut anda miliki

ULASAN: Xiaomi Smart Air Purifier 4 - Pembersih Udara Mampu Milik yang patut anda miliki 13

Penapis udara pintar adalah satu lagi produk ekosistem rumah yang dikeluarkan Xiaomi dan Xiaomi Smart Air Purifier 4 adalah produk yang kami maksudkan.

Seperti Xiaomi Mi Robot Vacuum-Mop 2, yang kami ulas baru-baru ini, ini adalah kali pertama kami mengulas pembersih atau penapis udara yang kini menjadi satu produk berkeperluan tinggi di rumah mahupun dipejabat.

Xiaomi Smart Air Purifier Series 4 yang dilancarkan pada bulan Mac yang lalu terdiri daripada 3 model iaitu Xiaomi Smart Air Purifier 4 Pro, 4, dan 4 Lite.

ULASAN: Xiaomi Smart Air Purifier 4 - Pembersih Udara Mampu Milik yang patut anda miliki 14

Model yang kami terima adalah Xiaomi Smart Air Purifier 4 yang ditawarkan di Malaysia pada harga RM 799.

Xiaomi Smart Air Purifier 4 didakwa mampu membersihkan udara dengan menapis 99.97% habuk, debunga, bakteria dan sebarang zarah halus di udara pada saiz sekecil 0.3 mikron dalam masa sekitar 10 minit sahaja (bagi sebuah bilik bersaiz 20m²).

ULASAN: Xiaomi Smart Air Purifier 4 - Pembersih Udara Mampu Milik yang patut anda miliki 15

Disebabkan kebanyakkan partikel ini tidak kelihatan pada mata kasar kita, fungsi produk seperti Xiaomi Smart Air Purifier 4 pasti menimbulkan tanda tanya kerana tiada sebarang perbezaan dapat dirasai sebelum dan selepas ianya digunakan di rumah anda.

Walaubagaimanapun, lampu indikasi LED pada bahagian adalah penapis udara Xiaomi ini memberikan anda gambaran penuh tentang kualiti udara sekeliling rumah anda dengan warna berbeza untuk setiap tahap kualiti udara.

  • Hijau untuk udara segar dan bersih
  • Kuning untuk pencemaran udara rendah
  • Jingga untuk pencemaran udara sederhana
  • Merah untuk pencemaran udara yang tinggi

Xiaomi Smart Air Purifier 4 ini mempunyai 3 tetapan kelajuan kipas pada mod manual yang boleh ditetapkan pada panel LED atau biarkan sahaja pada mod auto atau mod malam yang lebih senyap.

Jika diletakkan pada mod auto, kipas akan mula berfungsi dengan lebih pantas jika ianya mengesan sebarang perubahan pada kualiti udara seperti asap masakan atau asap rokok dan ianya akan mengambil masa sekitar 10-15 minit untuk menapis udara dan kembali kepada mod biasa.

Berdasarkan indikasi, bacaan pada kadar 21 dan ke bawah adalah kualiti udara yang bersih.

ULASAN: Xiaomi Smart Air Purifier 4 - Pembersih Udara Mampu Milik yang patut anda miliki 16

Selain itu, anda boleh mengawal kesemua fungsi penapis udara ini dengan menggunakan aplikasi Xiaomi Home dan selain pada peranti, aplikasi juga menawarkan jangka masa yang ada sebelum anda perlu menukar penapis udara didalam.

ULASAN: Xiaomi Smart Air Purifier 4 - Pembersih Udara Mampu Milik yang patut anda miliki 17

Aplikasi Xiaomi Home juga mempunyai ciri Smart Scenes dimana anda boleh menetapkan secara automatik operasi produk seperti Xiaomi Mi Robot Vacuum-Mop 2 untuk menyapu dan mengemop sebelum Xiaomi Smart Air Purifier 4 melakukan proses penapisan udara.

Akhir sekali, Xiaomi Smart Air Purifier 4 adalah sebuah peranti yang berbaloi untuk dimiliki kerana ianya secara tidak langsung memberikan anda persekitaran udara yang lebih bersih dan segar.

ULASAN: Xiaomi Smart Air Purifier 4 - Pembersih Udara Mampu Milik yang patut anda miliki 18

Memiliki sebuah penapis udara yang baik juga memastikan anda dapat mengelakkan risiko masalah kesihatan daripada menghirup udara yang tidak bersih.

Xiaomi Smart Air Purifier 4 kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 799.

 

 

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.