Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : Xiaomi Mi Robot Vacuum-Mop 2 – Robot Pembersih Rumah Pintar

Pengenalan

Xiaomi , sebuah syarikat teknologi yang tidak asing dipasaran global dan tempatan telah mula memperkenalkan pelbagai produk pintar uuntuk kegunaan isi rumah seperti robot vakum yang terbaru iaitu Xiaomi Mi Robot Vacuum-Mop 2.

Agak janggal juga untuk kami perkatakan, namun ini adalah kali pertama kami membuat ulasan tentang sebuah robot vakum dan Xiaomi Malaysia

telah menghantar kami satu unit Mi Robot Vacuum – Mop 2 untuk kami rasai pengalaman menggunakan vakum ini di rumah kami

Berikut adalah ulasan Xiaomi Mi Robot Vacuum-Mop 2 yang kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 899

Ciri-ciri utama Xiaomi Mi Robot Vacuum-Mop 2 :

  • Kipas sedutan berkuasa 27000Pa
  • Mop bertekanan yang ditambahbaik
  • Ciri interaktif pintar yang dinaik taraf

Jangka Hayat bateri sehingga 110 minit – bateri 3,200mAh.

Seperti kebanyakkan vakum robot dipasaran, Xiaomi Mi Robot Vacuum-Mop 2 tampil didalam reka bentuk bulat dan ianya ditawarkan didalam warna putih sahaja.

Selain itu, Xiaomi Mi Robot Vacuum-Mop 2 juga dilengkapi motor tanpa berus NIDEC yang menawarkan kipas sedutan berkuasa tinggi yang konsisten untuk menanggalkan kotoran dan serpihan dengan berkesan dalam segera.

Xiaomi Mi Robot Vacuum-Mop 2 mampu membersihkan habuk kecil dan serpihan besar dan tanpa sebarang masalah namun kami mendapati ianya masih belum mampu untuk membersihkan secara menyeluruh walaupun telah melalui permukaan yang sama beberapa kali.

Aplikasi Mi Home

Untuk memastikan proses vakum atau mop menggunakan Xiaomi Mi Robot Vacuum-Mop 2 ini berjalan dengan lancar, pastikan kediaman rumah anda mempunyai barangan yang menghalang pergerakan robot ini.

Namun selepas dua atau tiga pembersihan lengkap, robot ini sudah mengenali pelan lantai rumah anda dan mampu beroperasi tanpa terlalu banyak berdepan dengan halangan seperti kabinet TV, set sofa dan meja makan.

Terdapat 4 tahan sedutan yang ditawarkan pada Xiaomi Mi Robot Vacuum-Mop 2 dan robot ini juga mempunyai tangki sisa buangan bersaiz 550ml.

Seperti pada namanya, Xiaomi Mi Robot Vacuum-Mop 2 juga mempunyai ciri mengemop dengan tangki air khas untuk proses pembersihan ini.

Untuk melakukan pengemopan menggunakan Xiaomi Mi Robot Vacuum-Mop 2 ini anda harus mengisi tangki air bersaiz 250ml yang disertakan dengan air dan pasang pada badan Robot Vacuum dan tidak lupa harus membasahkan pad mop sebelum digunakan ( disarankan untuk membersihkan pad mop ini setiap 30 minit pembersihan).

Walaubagaimanapun, proses ini boleh dikatakan sebagai hanya mengelap lantai dan bukanya mengemop kerana tiada sebarang bahan cucian boleh digunakan bersama robot vakum ini.

Penutup

Xiaomi Mi Robot Vacuum-Mop 2 adalah satu robot vakum yang memudahkan kerja pembersihan rumah namun terdapat had kemampuan yang dimiliki oleh robot ini.

Selain itu, pembersihan robot vakum juga perlu dilakukan secara berkala dan ianya tidak semudah yang disangka kerana habuk dan kotoran amat mudah terperangkap pada berus pembersih yang ada pada robot.

Anda boleh mendapatkan Xiaomi Mi Robot Vacuum-Mop 2 di Malaysia pada harga RM 899.

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.