Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OPPO Pad Air – Bagaimana sebuah tablet bernilai bawah RM 1500 mampu memenuhi keperluan seorang pengguna

OPPO Pad Air – Bagaimana sebuah tablet bernilai bawah RM 1500 mampu memenuhi keperluan seorang pengguna 

Selepas sekian lama, OPPO akhirnya telah memperkenalkan tablet pertama mereka  iaitu OPPO Pad Air dan ianya telah dilancarkan di Malaysia beberapa hari lalu serentak dengan pelancaran OPPO Reno8 Series 5G.

OPPO Pad Air adalah sebuah tablet mampu milik yang berpotensi untuk menjadi teman pelengkap kepada pengguna yang mencari sebuah peranti yang mampu memenuhi aspek pembelajaran, pekerjaan profesional dan golongan isi rumah yang mahu sekadar menikmati hiburan pada tablet.

Reka bentuk bergaya yang nipis dan ringan

Tablet adalah sebuah peranti mudah alih dan ini bermaksud peranti ini harus tampil dengan reka bentuk yang ringan supaya ianya mudah dibawa kemana sahaja.

Walaupun ini adalah tablet pertama OPPO, syarikat ini telah memberikan perhatian khas kepada rekaan OPPO Pad Air yang menjadikannya sebagai tablet dengan skrin paparan LCD paling nipis di pasaran.

OPPO Pad Air tampil dengan reka bentuk  yang menerapkan rekaan tekstur 3D yang memastikan panel belakang tablet kekal elegan, bebas dari kesan capjari dan lebih cengkaman ketika digunakan.

Dalam pada itu, Jurutera yang mereka OPPO Pad Air mahu anda mempunyai pengalaman yang sama seperti membawa sebuah buku dan tidak dapat dinafikan sasaran ini telah dicapai kerana tablet ini mempunyai ketebalan 6.94mm dengan berat sekitar 440gram sahaja.

Skrin Paparan 2K berukuran 10.36 inch – kuasa multimedia baharu di tapak tangan anda

OPPO Pad Air memiliki sebuah skrin paparan yang mampu memberikan anda pengalaman visual yang terbaik dipasaran pada tahap harga ini.

Ianya tampil dengan skrin paparan LCD berukuran 10.36-inci yang mempunyai resolusi 2K (QHD) dan merupakan panel 10-bit yang berkebolehan untuk memaparkan 1 bilion warna.

Dari segi aspek kesihatan, OPPO memastikan skrin paparan Pad Air melepasi piawaian TÜV Rheinland sebagai sebuah skrin yang mempunyai kadar pembebasan cahaya biru yang rendah yang menjadikanya sebagai peranti ideal kepada pelajar dan golongan profesional.

Pengalaman Audio dan Video terbaik dengan Quad-Speaker Dolby Atmos

Nikmati pengalaman audio terbaik dengan OPPO Pad Air yang dilengkapi 4 pembesar suara Dolby Atmos yang memastikan anda dapat menikmati hiburan seperti bermain permainan video dan menonton filem dengan lebih imersif.

Ciri Kolaborasi Berbilang Peranti

Fungsi sebuah tablet adalah sebagai peranti pelengkap kepada peranti utama dan memiliki ciri kolaborasi berbilang peranti yang efisien adalah sesuatu yang mustahak.

Ciri Multi-Screen Connect membolehkan pengguna bekerja dengan lancar antara telefon pintar dan komputer. Apabila dalam ekosistem pejabat berbilang skrin, anda boleh berinteraksi dengan telefon pintar pada komputer dan berkongsi data antara komputer dan telefon dengan lebih mudah. Bukan itu sahaja, tablet ini juga dilengkapi dengan fungsi-fungsi unik seperti  skrin belah dua jari, tetingkap terapung empat jari dan Bar Sisi Pintar.

Bateri sebesar 7,100mAh untuk kegunaan sepanjang hari ditambah dengan pengecasan pantas 18W

OPPO Pad Air mungkin merupakan sebuah tablet paling nipis dipasaran, namun ini tidak bermaksud OPPO berkompromi didalam kapasiti bateri yang dimiliki tablet ini.

OPPO Pad Air disertakan dengan bateri berkapasiti 7,100mAh yang menjamin penggunaan yang lebih lama untuk segala aktiviti kegemaran anda yang termasuk bermain permainan video, melakukan tugas kerja atau pembelajaran atas talian.

Tidak cukup dengan itu, OPPO turut melengkap tablet pertama mereka dengan pengecasan pantas 18W

Cip Qualcomm Snapdragon 680 – Prestasi tip top pada semua keadaan

OPPO Pad Air dilengkapi dengan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 680 yang memberikan pengguna kuasa pemprosesan terbaik pada semua senario penggunaan dan ini juga menjanjikan prestasi multitasking yang lebih stabil.

Pra-tempah OPPO Pad Air

Waktu yang dinantikan selama ini kini telah tiba kerana OPPO Pad Air sudah dibuka untuk pra-tempahan sehingga 29 Julai secara eksklusif melalui pelbagai platfrom atas talian rasmi.

Pelanggan yang membeli Siri Reno8 5G di My OPPO Space dan Kedai Jenama OPPO turut menerima tawaran eksklusif Pembelian dengan Pembelian (PDP) sama ada untuk Rebat RM150 pada OPPO Pad Air (4GB + 128GB). 

Varian 4GB + 64GB akan tersedia di Kedai Dalam Talian Rasmi OPPO dan Shopee sahaja, manakala prapesanan untuk varian 4GB +128GB akan tersedia di Kedai Dalam Talian Rasmi OPPO, Shopee dan Lazada.

 Pra-tempah sekarang di : https://rb.gy/wry1b9

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.