Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OPPO Pad Air kini rasmi di Malaysia dengan skrin 2K+ dan cip Snapdragon 680 – harga dari RM 1,099

OPPO Pad Air kini rasmi di Malaysia dengan skrin 2K+ dan cip Snapdragon 680 - harga dari RM 1,099 5

Bersama OPPO Reno8 Series 5G, OPPO turut melancarkan tablet pertama mereka di Malaysia iaitu OPPO Pad Air.

OPPO Pad Air hadir dengan skrin paparan IPS LCD berukuran 10.36-inci dengan resolusi 2K+ (2000×1200 piksel) dan kadar segar semula 60Hz.

Selain itu, OPPO Pad Air juga dilengkapi 4 pembesar suara Dolby Atmos untuk pengalaman multimedia yang imersif dan ianya mempunyai berat sekitar 440gram sahaja.

Selain itu, OPPO Pad Air juga dilengkapi cip Snapdragon 680, 4GB RAM (Extended RAM sehingga 3GB), storan dalaman 64GB atau 128GB dan antaramuka ColorOS for Pad yang berasaskan Android 12.

Seterusnya, OPPO Pad Air juga mempunyai satu kamera belakang 8MP berserta kamera hadapan 5MP untuk panggilan video atau selfie.

OPPO Pad Air juga memiliki bateri berkapasiti 7,100mAh dengan pengecasan pantas 18W.

OPPO Pad Air kini rasmi di Malaysia dengan skrin 2K+ dan cip Snapdragon 680 - harga dari RM 1,099 6

OPPO Pad Air akan ditawarkan pada harga RM 1,099 bagi versi 4/64GB dan RM 1,299 bagi versi 4/128GB.

Pra-tempahan akan bermula dari 21 Julai hingga 29 Julai 2022 iaitu secara eksklusif dalam talian. varian 4GB + 64GB akan ditawarkan di OPPO Online Store dan Shopee , manakala  varian 4GB +128GB akan ditawarkan di OPPO Online Store, Shopee dan Lazada.

 

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.