Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OPPO Enco Air2 Pro kini rasmi di Malaysia dengan ciri ANC dan 28 jam waktu pendengaran – RM 349

Hari pelancaran OPPO Malaysia yang sibuk sebentar tadi juga menyaksikan syarikat ini memperkenalkan satu peranti TWS terbaru mereka iaitu OPPO Enco Air2 Pro.

OPPO Enco Air2 Pro adalah sebuah TWS tampil dengan reka bentuk lutsinar pada bahagian atas bekas pengecasan yang dikenali sebagai Reflective Bubble Case dan earbuds in-ear yang menyokong pembatalan bunyi hingar aktif (ANC).

Earbuds OPPO Enco Air2 Pro ini hadir dengan pemacu dinamik 12.4mm, kalis air dan habuk IP54 dan kadar jangka hayat bateri sehingga 28 jam ( dengan bekas pengecasan).

Selain itu, OPPO Enco Air2 Pro juga memiliki ciri pemyambungan pantas Open-up flash connect dan AI Noise Cancellation untuk panggilan.

OPPO Enco Air2 Pro akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Gray dan White pada harga RM 349.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.