Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OPPO Reno8 dan OPPO Reno8 Pro kini rasmi di Malaysia dengan cip MediaTek Dimensity dan MariSilicon X

OPPO secara rasminya telah melancarkan telefon pintar terbaru OPPO Reno8 Series yang merupakan generasi kedua OPPO Reno untuk dilancarkan tahun ini.

OPPO Reno8  5G dan OPPO Reno8 Pro 5G adalah pertaruhan OPPO untuk pasaran Malaysia dan tanpa melengahkan masa mari kita lihat spesifikasi OPPO Reno8 dan OPPO Reno8 Pro.

OPPO Reno8 Pro

OPPO Reno8 Pro hadir dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.7-inci yang menyokong kadar segar semula 120Hz dan panel ini juga memiliki sensor selfie 32MP yang mempunyai pemfokusan auto.

Selain itu, OPPO Reno8 Pro juga memiki reka bentuk bezel yang sangat nipis iaitu hanya 2.37mm pada bahagian atas dan bawah skrin manakala bezel sisi adalah 1.48mm sahaja.

Bercakap mengenai cipset, OPPO Reno8 Pro hadir dengan MediaTek Dimensity 8100 Max, sehingga 12GB RAM LPDDR5 dan storan dalaman 256GB jenis UFS 3.1.

Beralih kepada bahagian kamera, OPPO Reno8 Pro memiliki sensor utama 50MP Sony IMX766 yang sama seperti pada Find X5 Pro dan ianya juga disertakan cip NPU MariSilicon X.

Selain itu, OPPO Reno8 Pro+ juga memiliki sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP.

Beralih kepada antaramuka, ianya memiliki ColorOS 12.1 yang berasaskan Android 12 dan terdapat bateri 4,500mAh dengan pengecasan pantas 80W SuperVOOC.

OPPO Reno8

OPPO Reno8 merupakan model kedua didalam OPPO Reno8 Series dan ianya hadir dengan skrin paparan 90Hz AMOLED berukuran 6.43-inci.

OPPO Reno8 dikuasakan dengan cip MediaTek 1300, 8GB RAM (LPDDR4X) dan storan dalam sehingga 256GB (UFS 3.1) serta ColorOS 12.1

Selain itu, OPPO Reno8 memiliki sensor utama 50MP, sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP.

Akhir sekali, Reno8 juga memiliki bateri yang sama seperti model Reno8 Pro iaitu bateri 4,500mAh dan sokongan pengecasan pantas 80W SuperVOOC serta ciri Battery Health Engine yang memastikan kadar degradasi bateri hanya berlaku selepas 1,600 kitaran pengecasan.

Harga dan Promosi Pra-tempahan

OPPO Reno8 akan ditawarkan pada harga RM 2,399 manakala OPPO Reno8 Pro pula akan ditawarkan pada harga RM 3,499.

Pra-tempah Siri Reno8 5G akan bermula dari 21 Julai 2022 hingga 29 Julai 2022.

Pembelian ketika tempoh ini akan  menerima hadiah-hadiah percuma bernilai sehingga RM1,486 yang termasuk kotak hadiah eksklusif Siri OPPO Reno8 bernilai RM 399, OPPO CarePerlindungan Kerosakan Skrin 1 Tahun bernilai RM 199, dan Keistimewaan My OPPO Members bernilai sehingga RM 888.

Bukan itu sahaja, pelanggan yang membeli di My OPPO Space dan Kedai Jenama OPPO akanmenerima beg beli-belah edisi terhad Siri Reno8 bernilai RM 89 dan tawaran eksklusif PWP rebat bernilai RM150 bagi pembelian OPPO Pad Air (4GB + 128GB) atau rebat RM100 bagi pembelian OPPO Enco Air2 Pro mulai hari ini hingga 31 Julai.

Akhir sekali, pelanggan yang membeli Pad Air juga akan menerima hadiah tambahan bernilai RM 259.

Pra-tempah boleh dibuat di semua MY OPPO Space, Kedai Jenama OPPO, Kedai Atas Talian Rasmi OPPO, Rakan Telco, Rakan e-Dagang dan Rakan Kedai Rangkaian OPPO.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.