Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ShopeeFood kini mulakan operasi penghantaran makanan di Kota Kinabalu

ShopeeFood kini mulakan operasi penghantaran makanan di Kota Kinabalu 1

ShopeeFood kini mulakan operasi penghantaran makanan di Kota Kinabalu 2

ShopeeFood telah mengumumkan penawaran perkhidmatan penghantaran makanan di Kota Kinabalu.

Perkhidmatan penghantaran makanan akan disediakan di pelbagai kawasan sekitar Kota Kinabalu dan membolehkan pengguna merasai pengalaman penghantaran makanan yang mudah dan lancar melalui aplikasi mudah alih Shopee.

ShopeeFood kini mulakan operasi penghantaran makanan di Kota Kinabalu 3

Kawasan liputan ShopeeFood termasuk lokasi utama seperti Kota Kinabalu, Penampang, Sepanggar, Petagas, Menggatal, Inanam, Likas, Foh Sang, Damai, Bukit Padang, Lido, dan Luyang.

ShopeeFood akan menawarkan pengguna pelbagai hidangan tempatan daripada peniaga popular seperti Flips, Little Sulap, Nasi Lemak Bamboo dan Restoran Jamal Salim.

Pengguna juga akan dapat mengakses diskaun dan promosi yang baik daripada jenama F&B popular seperti McDonald’s, KFC, Starbucks, Tealive, Boost Juice dan banyak lagi.

Selain itu, dari 12 Julai – 14 Julai 2022, ShopeeFood Day kembali dengan tawaran yang lebih hebat: tawaran super dengan diskaun sehingga 50% dan baucar diskaun tambahan Sehingga 60% Dari 3PM – 5PM setiap hari. Selain tawaran istimewa, pengguna juga boleh memenangi hadiah hebat bernilai sehingga RM10,000. Maklumat lanjut di https://shopee.com.my/m/shopeefoodday-July

Untuk lebih peluang memenangi hadiah termasuk perjalanan eksklusif ke Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Pulau Mantanani, dan baucar ShopeeFood bernilai sehingga RM10,000 – pengguna juga boleh menyertai Peraduan Pesan & Menang yang berlangsung dari 14 Julai – 31 Julai 2022.

Untuk Menyertai:

Belanja minimum RM20 dari mana-mana restoran ShopeeFood

Ikuti Instagram rasmi ShopeeFood (shopeefood_my)

Like & komen ID Pesanan anda di Posting Peraduan Pelancaran Sabah

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.