Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nokia 57100 XpressAudio – telefon bimbit retro dengan TWS terbina

HMD Global secara rasminya telah memperkenalkan beberapa telefon bimbit Nokia yang pasti mengembalikan semula kenangan ketika zaman kegemilangan syarikat ini.

Nokia 5710 XpressAudio adalah telefon yang mencuri tumpuan kerana ianya tampil dengan TWS tanpa wayar terbina pada panel belakang peranti dan boleh diakses dengan mekanisma slide. Ianya juga akan dicaj ketika disimpan didalam ruang simpanan.

Anda boleh menggunakan TWS ini untuk mendengar muzik yang disimpan didalam telefon bimbit yang menyokong kad microSD 32GB atau melalui Radio FM dan terdapat juga bicu audio 3.5mm.

Selain itu, Nokia 5710 XpressAudio juga memiliki skrin QVGA berukuran 2.4-inci, butang kawalan audio pada sisi, kamera VGA dan bateri 1,450mAh yang dicaj melalui microUSB.

Nokia 5710 XpressAudio beroperasi pada antaramuka S30+ dan ditawarkan didalam dua warna iaitu putih/merah dan hitam/merah pada harga £74.99 (RM 395)

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.