Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Jam pintar lasak Amazfit T-Rex 2 kini rasmi di Malaysia pada harga RM 799 sahaja

Amazfit Malaysia secara rasminya telah melancarkan melancarkan jam pintar tahan lasak terbaru mereka iaitu Amazfit T-Rex 2 untuk pasaran tempatan.

Amazfit T-Rex 2 adalah sebuah jam pintar lasak yang telah melepasi 15 ujian ketahanan gred ketenteraan (1MIL-STD-810G) dan turut menawarkan kalis air 10ATM.

Jam pintar ini diperbuat daripada rangka aluminium dan lapisan gelas kristal sapphire.

Amazfit T-Rex 2 hadir dengan skrin paparan AMOLED berukuran 1.39-inci AMOLED dengan resolusi 454 x 454 px dan kadar kecerahan maksima 1,000 nits.

Selain itu, Amazfit T-Rex 2 juga mempunyai bateri yang mampu menawarkan jangka hayat bateri sehingg 24 hari dengan satu pengecasan penuh dan turut mampu beroperasi pada suhu -30⁰.

Dari segi kecergasan pula, Amazfit T-Rex 2 menawarkan sehingga sokongan 150+ mod sukan dengan pengesanan automatik bagi 8 aktiviti sukan dan terdapat juga sokongan bacaan kadar degupan jantung, SpO2, tekanan dan tidur.

Amazfit T-Rex 2 boleh digunakan bersama peranti Android dan iOS dengan memuatnaik aplikasi Zepp OS.

Amazfit T-Rex 2 akan ditawarkan di Malaysia pada harga RM 799 sahaja dan ianya boleh didapati didalam warna Astro Black & Gold , Wild Green, Desert Khaki dan Ember Black.

Beli Amazfit T-Rex 2 di Shopee

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.