Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nothing Phone (1) disahkan akan hadir dengan skrin paparan OLED 120Hz

Nothing Phone (1) disahkan akan hadir dengan skrin paparan OLED 120Hz 5

Pelancaran rasmi Nothing Phone (1) hanya berbaki satu minggu sahaja lagi dan laporan terbaru mengesahkan telefon pintar ini akan hadir dengan skrin yang mempunyai kadar segar semula setaraf telefon pintar flagship lain dipasaran.

Akaun TikTok rasmi Nothing telah mengesahkan bahawa Nothing Phone (1) akan dilengkapi dengan skrin paparan 120Hz dan ianya adalah panel OLED berukuran 6.6-inci.

Nothing Phone (1) disahkan akan hadir dengan skrin paparan OLED 120Hz 6

Walaubagaimanapun, dapat juga disahkan bahawa Nothing Phone (1) menawarkan tetapan Smooth Display yang membolehkan kadar bingkai ditawarkan antara 60Hz hingga 120Hz yang bergantung kepada kandungan skrin.

Selain daripada pengesahan ini, Nothing Phone (1) juga telah disahkan akan hadir dengan cip Snapdragon 778G+ dan pengecasan tanpa wayar.

Sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.