Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Poco X4 GT kini rasmi di Malaysia dengan skrin 144Hz dan cip Dimensity 8100 – harga promosi dari RM 1,399

 

Poco X4 GT hadir dengan skrin paparan IPS LCD berukuran 6.6-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 144Hz. Terdapat juga kamera selfie punch-hole 16MP.

Poco F4 5G kini rasmi dengan skrin E4 AMOLED dan cip Snapdragon 870 – harga promosi dari RM 1499 sahaja

Pada bahagian kamera, Poco X4 GT memiliki sensor utama 64MP Samsung ISOCELL GW1, sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP.

Selain itu, Poco X4 GT dikuasakan dengan cip 5nm MediaTek Dimensity 8100, 8GB RAM jenis LPDDR5 dan storan dalaman 128GB atau 256GB jenis UFS 3.1.

Seterusnya, Poco X4 GT juga disertakan dengan bateri berkapasiti 5,080mAh dengan pengecasan pantas 67W yang memberikan pengecasan penuh didalam masa 46 minit.

Poco X4 GT juga disertakan dengan sistem penyejukan LiquidCool Technology 2.0, IR Blaster, WiFi 6, NFC dan dual speaker dengan Dolby Atmos.

Poco X4 GT akan ditawarkan didalam Black, Blue dan Silver pada harga RM 1,499 bagi varian 8GB + 128GB dan RM 1,599 bagi varian 8GB+256GB.

POCO X4 GT akan ditawarkan mulai 30 Jun secara eksklusif di Lazada pada harga istimewa terhad iaitu RM 1,399 bagi versi 8GB+128GB (RM 1,399) dan RM 1,499 bagi versi 8GB+256GB.

Beli di Lazada

 

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.