Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nothing Phone (1) akan dijual melalui sistem pembelian secara jemputan – sama seperti OnePlus One dahulu

Nothing Phone (1) akan dijual melalui sistem pembelian secara jemputan - sama seperti OnePlus One dahulu 3

Ketua Pegawai Eksekutif Nothing iaitu Carl Pei adalah pengasas bersama OnePlus yang merupakan telefon pintar flagship killer pertama didalam sejarah.

Disebabkan ini kebanyakkan strategi pemasaran Nothing Phone (1) dilihat sama seperti yang pernah digunakan pada OnePlus One.

Dalam video terbaru Nothing Phone (1), syarikat ini telah mengesahkan bahawa jualan awal Nothing Phone (1) ini akan diadakan melalui sistem jemputan seperti yang digunakan pada OnePlus One dahulu.

Sistem pembelian secara jemputan membolehkan Nothing Phone (1) dilancarkan lebih awal dan pengguna yang setia bersama syarikat ini akan menerimanya terlebih dahulu.

Walaubagaimanapun, sistem jemputan ini dikatakan hanya akan digunakan sehingga pengeluaran Nothing Phone (1) sudah mampu memenuhi permintaan pasaran.

Pengesahan ini juga menyusul selepas 100 unit pertama Nothing Phone (1) dijual melalui bidaan di StockX.

Akhir sekali, Nothing Phone (1) akan dilancarkan secara rasmi pada 12 Julai 2022.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.