Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Poco F4 5G kini rasmi dengan skrin E4 AMOLED dan cip Snapdragon 870 – harga promosi dari RM 1499 sahaja

Seperti yang dijadualkan, Poco secara rasminya telah melancarkan telefon pintar terbaru mereka iaitu Poco F4 5G dan Poco X4 GT yang akan ditawarkan di Malaysia mulai 27 Jun ini.

Poco F4 5G 

Poco F4 5G merupakan model paling nipis keluaran syarikat ini dan ianya dilengkapi skrin paparan DotDisplay E4 AMOLED berukuran 6.67-inci dengan kadar segar semula 120Hz dan kecerahan maksima 1,000nits (dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 5).

Selain itu, Poco F4 5G dikuasakan dengan cip 7nm Snapdragon 870 yang merupakan cip flagship Qualcomm beberapa tahun lalu dan ianya memiliki RAM berkapasiti 6GB atau 8GB (LPDDR5) manakala storan dalaman adalah sehingga 256GB (UFS 3.1).

Seterusnya, Poco F4 5G juga memiliki sensor utama 64MP dengan OIS, sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP. Kamera selfie adalah 20MP.

Dalam pada itu, Poco F4 5G ini juga memiliki bateri berkapasiti 4,500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 67W Turbo Charging yang memberikan pengecasan penuh didalam masa 38 minit sahaja.

Lain-lain ciri Poco F4 5G ini adalah dual speaker dengan Dolby Atmos, sistem penyejukan LiquidCool Technology 2.0, IR Blaster, NFC, WiFi 6, sensor capjari di sisi dan x-axis linear motor.

Poco F4 5G akan ditawarkan di Malaysia didalam tiga warna iaitu Moonlight Silver, Night Black dan Nebula Green pada harga RM 1,599 bagi varian 6GB + 128GB dan RM 1,699 bagi varian 8GB+256GB.

POCO F4 5G akan ditawarkan secara eksklusif di Shopee mulai 27 Jun ini dan berikut adalah harga bagi pembelian terawal.

6GB+128GB (RM 1,499) or 8GB+256GB (RM 1,599) Shopee

Poco X4 GT kini rasmi di Malaysia dengan skrin 144Hz dan cip Dimensity 8100 – harga promosi dari RM 1,399

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.