Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI nova Y90 dilancarkan dengan cip Snapdragon 680 dan skrin 90Hz LCD

HUAWEI secara rasminya telah melancarkan telefon pintar midrange terbaru mereka iaitu nova Y90 yang disenaraikan di laman sesawang rasmi HUAWEI.

HUAWEI nova Y90 hadir dengan skrin paparan LCD berukuran 6.7-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 90Hz. Terdapat lubang punch-hole yang menempatkan kamera selfie 8MP.

HUAWEI nova Y90 hadir dengan cip Snapdragon 680, 8GB RAM dan storan dalaman 128GB serta antaramuka EMUI 12.

Selain itu, HUAWEI nova Y90 tampil dengan sensor utama 50MP, sensor makro 2MP dan sensor depth 2MP serta lampu flash LED yang diletakkan pada modul kamera bulat.

Seterusnya, HUAWEI nova Y90 juga memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh yang disertakan dengan pengecasan pantas HUAWEI SuperCharge 40W yang mampu memberikan pengecasan 50% dalam masa 30 minit sahaja.

HUAWEI nova Y90 akan ditawarkan didalam warna Crystal Blue, Pearl White, Emerald Green dan Midnight Black.

Harga jualan telefon pintar ini masih belum diumumkan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.