Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR Experience Store kini dibuka di Pavilion Elite KL – roadshow khas berlangsung sehingga 26 Jun

HONOR Malaysia terus melebarkan sayapnya ke seluruh negara dengan pembukaan HONOR Experience Store di Pavilion Elite KL baru-baru ini.

Sebelum pelancaran bermula, peminat sudah pun beratur panjang di luar kedai untuk melihat produk terbaharu HONOR iaitu telefon pintar flagship Magic4 Pro.

HONOR mensasarkan untuk menyediakan Experience Store yang berkualiti dan menyenangkan untuk peminat di seluruh negara sebelum meluaskan cawangannya ke bandar-bandar utama.

Pelancaran tersebut turut menampilkan penyanyi Pop terkenal Baby Shima.

Selain itu, HONOR turut menawarkan hadiah percuma bernilai sehingga RM1,606 dengan setiap pembelian HONOR Magic4 Pro yang termasuk HONOR Earbuds 3 Pro, lanjutan jaminan satu tahun, perlindungan skrin 6 bulan dan hadiah tambahan percuma.

HONOR juga akan mengadakan jerayawara HONOR Magic4 Pro di Pavilion yang terletak di pintu masuk utama. Anda juga berpeluang menyertai cabutan bertuah yang memberi peluang untuk memenangi DJI OM 4 SE serta beberapa hadiah istimewa dengan setiap pembelian bermula 22 hingga 26 Jun 2022.

Untuk maklumat terkini HONOR Magic4 Pro boleh semak laman web https://bit.ly/Magic4ProPOPR atau di Facebook HONOR Malaysia.

Baca : ULASAN : HONOR Magic4 Pro – Flagship paling berbaloi untuk di miliki

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.