Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pra-tempahan HUAWEI Mate Xs 2 bakal berakhir 23 Jun ini

Pra-tempahan HUAWEI Mate Xs 2 bakal berakhir 23 Jun ini 3

HUAWEI Mate Xs 2 diperkenalkan di Malaysia bulan lalu pada harga RM 7,999 dan tempoh pra-tempahan peranti ini akan tamat pada 23 Jun ini.

Jika anda berminat untuk mendapatkan telefon pintar foldable HUAWEI Mate Xs 2, ini adalah peluang terakhir anda untuk membuat pra-tempahan dan menikmati hadiah percuma bernilai sehingga RM 1,400.

Mengulas sedikit spesifikasi telefon pintar ini, HUAWEI Mate Xs 2 hadir dengan reka bentuk 3D fibreglass dengan berat 255 gram.

Skrin paparan True-Chroma OLED HUAWEI Mate Xs 2 ini mempunyai ukuran 7.8-inci dengan kadar segar semula 120Hz namun apabila dlipat ianya menawarkan saiz skrin yang lebih kompak iaitu 6.5-inci dengan resolusi 248p x 1176 piksel.

HUAWEI Mate Xs 2 juga mempunyai kamera selfie 10MP yang diletakkan pada berhampiran bucu skrin.

Selain itu, HUAWEI juga mendakwa telah menambah baik teknologi engsel Double-rotating Falcon Wing yang dikatakan lebih lasak dan tidak mempunyai sebarang lekukan jelas pada skrin dan skrin ini juga menyokong input stylus M-Pencil 2.

Pada bahagian kamera, HUAWEI Mate Xs 2 mempunyai tetapan tri-kamera iaitu sensor utama 50MP, sensor ultrawide 13MP dan sensor telefoto 8MP dengan sokongan zoom optik 3x.

HUAWEI Mate Xs 2 dikuasakan dengan cipset Snapdragon 888 4G, 8GB RAM dan storan dalaman iaitu 256GB.

Selain itu, HUAWEI Mate Xs 2 juga memiliki bateri berkapasiti 4,600mAh dengan pengecasan pantas HUAWEI SuperCharge 66W dan EMUI 12.

HUAWEI Mate Xs 2 ditawarkan didalam dua warna iaitu white dan black pada harga RM 7,999 dan setiap pra-tempahan akan  menerima satu unit HUAWEI Watch GT 2 Pro dan perkhidmatan HMS bernilai sehingga RM 1,400 secara percuma.

Dapatkan HUAWEI Mate Xs 2 di HUAWEI Official WebsiteHUAWEI Experience StoresHUAWEI Official Store di Shopee dan HUAWEI Flagship Store di Lazada.

 

 

 

 

 

 

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.