Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OPPO Reno8 Pro bagi pasaran global mungkin hadir dengan cip MediaTek Dimensity 8100

Bulan lalu OPPO telah memperkenalkan OPPO Reno8 Series di China iaitu Reno8, Reno8 Pro dan Reno8 Pro+.

Walaupun masih belum dilancarkan untuk pasaran antarabangsa, OPPO Reno8 Series dijangka akan dilancarkan di pasaran global sebelum penghujung tahun ini.

Selain itu, laporan terbaru juga mendakwa bahawa OPPO Reno8 Pro+ yang dijual di China mungkin akan dilancarkan sebagai Reno8 Pro untuk pasaran antarabangsa dan ianya telah disahkan melalui penyenaraian pada ujian benchmark bagi Oppo CPH2357.

Ujian GeekBench telah menyaksikan telefon pintar Reno8 Pro dikesan dengan cip MediaTek 8100 yang merupakan cip yang digunakan pada Reno8 Pro+ di China.

Jika tepat, OPPO Reno8 Pro bagi pasaran global akan memiliki skrin paparan AMOLED 120Hz berukuran 6.7-inci, sistem tri-kamera 50MP, kamera selfie 32MP dengan pemfokusan auto dan bateri 4,500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 80W.

Sumber : GSMArena

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.