Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Sony dilaporkan akan melancarkan sensor 100MP untuk peranti midrange

Walaupun sensor 100MP dan ke atas telah lama dipasaran, satu pengeluar sensor kamera terkemuka iaitu Sony masih belum melancarkan sensor 100MP+ untuk telefon pintar.

Walaubagaimanapun, ianya akan berubah tidak lama kerana Sony dilaporkan akan mula menawarkan sensor 100MP mereka dibawah Sony IMX8 Series yang akan digunakan pada peranti midrange premium terlebih dahulu.

Selain itu, Sony juga akan memperkenalkan sensor baharu didalam IMX9 Series yang mempunyai keupayaan fotografi lebih baik dan mampu bersaing dengan sensor flagship daripada Samsung.

Ini bermaksud sensor Samsung HP1 dengan resolusi 200MP akan mempunyai pencabar yang setaraf dan terdapat laporan yang mendakwa bahawa sensor terbaru Samsung ini akan digunakan pada Motorola Edge 30 Ultra yang akan dilancarkan bulan hadapan dan turut berpotensi untuk digunakan pada Samsung Galaxy S23 Ultra.

Sumber 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.