Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme C30 kini rasmi dengan cip Unisoc T612 – harga sekitar RM 423

realme secara rasminya telah memperkenalkan satu lagi telefon pintar kelas entry level mereka iaitu realme C30.

realme C30 tampil dengan skrin paparan HD+ berukuran 6.5-inci bersama reka bentuk Ultra Slim Stripe.

realme C30 dikuasakan dengan cip 12nm Unisoc T612 bersama 2GB atau 3GB RAM dan storan dalaman 32GB (US 2.2) serta sokongan kad microSD.

realme C30 mempunyai satu sensor kamera sahaja dibelakang iaitu 8MP bersama flash LED dan terdapat kamera selfie 5MP.

Selain itu, realme C30 juga mempunyai bateri 5,000mAh dengan slot micro USB yabg menyokong pengecasan 10W, UI realme Go Edition berasaskan Android 11 dan tidak ketinggalan bicu audio 3.5mm walaupun telefon ini mempunyai ketebalan hanya 8.5mm.

realme C30 akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Bamboo Green dan Lake Blue pada harga dari INR7,499 (RM 423) di India.

Buat masa ini masih belum ada sebarang maklumat pelancaran di pasaran lain.

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.