Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI nova Y70 dengan bateri 6,000mAh kini ditawarkan di Malaysia – RM 699

 

HUAWEI secara rasminya telah mengesahkan bahawa telefon pintar kelas entry-level terbaru syarikat ini iaitu HUAWEI nova Y70 kini telah mula ditawarkan di Malaysia pada harga RM 699 sahaja.

HUAWEI nova Y70 telah diumumkan pada majlis pelancaran HUAWEI yang berlangsung bulan lalu.

HUAWEI nova Y70 hadir dengan skrin paparan TFT HUAWEI FullView berukuran 6.75-inci dengan resolusi HD+, cip Kirin 710, 4GB RAM dan 128GB storan dalaman.

Selain itu, HUAWEI nova Y70 hadir dengan sensor utama 48MP, sensor ultrawide 120⁰ 5MP dan sensor depth 2MP. Kamera selfie adalah 8MP.

Seterusnya, HUAWEI nova Y70 juga memiliki bateri berkapasiti 6,000mAh yang turut disertakan dengan pengecasan pantas 22.5W HUAWEI SuperCharge, EMUI 12, HUAWEI AppGallery dan reka bentuk berasaskan gelas 2.5D.

HUAWEI nova Y70 kini ditawarkan didalam tiga warna iaitu Midnight Black, Crystal Blue, dan Pearl White pada harga RM 699.

Dapatkan HUAWEI nova Y70 di HUAWEI Official WebsiteHUAWEI Experience Stores , HUAWEI Flagship Store di Lazada dan HUAWEI Official Store di Shopee.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.