Poco F4 5G akan dilancarkan tidak lama lagi dengan cip Snapdragon 870
Poco secara rasminya telah mengesahkan bahawa Poco F4 5G akan dilancarkan tidak lama lagi dan telefon pintar ini akan dijana dengan cip Snapdragon 870.
Selain itu, Poco F4 5G akan turut dilengkapi dengan RAM jenis LPDDR5 dan storan dalaman UFS 3.1 serta sistem penyejukan ciri LiquidCool 4.0 yang menjanjikan prestasi yang pantas dan stabil.
Dalam pada itu, Poco F4 5G dijangka akan memasuki pasaran India terlebih dahulu namun telefon pintar ini juga telah disahkan akan memasuki pasaran global dan ini bermaksud pasaran Malaysia juga hampir pasti menerima model ini.