Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Sony Xperia 1 IV kini dibuka untuk pra-tempahan – harga RM 6,099

Telefon pintar flaghsip terbaru Sony iaitu Xperia 1 IV kini telah dibuka untuk pra-tempahan di Malaysia pada harga RM 6,099.

Sony Xperia 1 IV tampil dengan reka bentuk yang sama seperti generasi Xperia 1 sebelum ini dan ianya juga dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla Glass Victus dan pensijilan IP68.

Sony Xperia 1 IV ini hadir dengan skrin paparan 4K OLED berukuran 6.5-inci dengan aspek ratio 21:9 untuk pengalaman visual cinematik dan panel ini juga mempunyai kadar segar semula 120Hz serta HDR.

Selain itu, Sony Xperia 1 III hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen 1 yang dipadankan dengan 12GB RAM bersama-sama storan dalaman 256GB.

Sony Xperia 1 IV menampilkan penggunaan tiga sensor 12MP iaitu sensor utama 12MP f/1.7 dengan OIS, sensor Ultrawide 12MP f/2.2 yang juga mempunyai pemfokusan auto dan sensor telefoto 12MP yang menawarkan kadar zoom optikal berterusan antara 85-125mm dan kesemua sensor ini mampu merakam video 4K@120fps. Kamera selfie Sony Xperia 1 IV adalah 12MP.

Selain itu, kamera model flagship Xperia ini juga memiliki lensa ZEISS dengan T coating dan pemfokusan auto real-time Eye dan Optical SteadyShot.

Beralih kepada bateri, Sony Xperia 1 IV memiliki bateri yang sama iaitu 5,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 30W dan Sony juga menjanjikan sehingga 3 tahun jangka hayat bateri yang baik namun tiada adapter dan cable pengecasan disertakan dalam kotak.

Dalam pada itu, Sony Xperia 1 IV juga mempunyai sokongan pengecasan tanpa wayar, sistem bunyi 360⁰ Audio Reality dan mod Game enhancer.

Sony Xperia 1 IV kini dibuka untuk pra-tempahan sehingga 10 Julai pada harga RM 6,099 dengan setiap pembelian akan menerima TWS Sony WF-1000XM4 bernilai RM 1,099.

Pra-tempah Sony Xperia 1 IV di SINI

 

 

 

 

 

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.