Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Sertai Peraduan Fotografi HONOR Magic Moments 2022 dan Menangi Hadiah Bernilai Sehingga RM160,000

Sertai Anugerah HONOR Magic Moments 2022 dan Menangi Hadiah Bernilai Sehingga RM160,000

Pada majlis pelancaran HONOR Magic4 Pro di Malaysia, HONOR juga telah mengumumkan peraduan fotografi HONOR Magic Moments 2022 yang akan berlangsung di peringkat global dan Malaysia.

HONOR Magic Moments 2022 memberi ruang kepada penggemar fotografi telefon pintar untuk menerokai dan berkongsi keindahan dunia melalui teknologi pengimejan telefon.

Bermula pada 1 Jun hingga 25 Ogos 2022, HONOR Magic Moments Awards 2022 kini dibuka untuk penyertaan dengan tema “Discover the Hidden Beauty”.

Dengan 10 kategori yang ditawarkan, peserta digalakkan untuk menyerahkan hasil karya mereka ke laman sesawang rasmi sebelum 25 Ogos 2022.

Pemenang akan dipilih oleh panel hakim yang terdiri daripada beberapa jurufoto terhebat dunia dan profesional dalam industri dengan hadiah bernilai sehingga RM160,000 termasuk HONOR Magic4 Pro yang baru dilancarkan.

Untuk maklumat lanjut tentang HONOR Magic Moments Awards 2022: https://www.hihonor.com/magic-moments-awards/my/terms/ 

Baca : ULASAN : HONOR Magic4 Pro – Flagship paling berbaloi untuk di miliki

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.