Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR Earbuds 3 Pro kini rasmi di Malaysia pada harga RM 699

 

HONOR Earbuds 3 Pro kini rasmi di Malaysia pada harga RM 699 9

Selain HONOR Magic4 Pro dan HONOR Watch GS 3, HONOR Malaysia turut telah melancarkan earbuds terbaru syarikat ini iaitu HONOR Earbuds 3 Pro pada harga RM 699.

HONOR Earbuds 3 Pro tampil dengan rekaan ergonomik yang sangat ringan dan selesa untuk dipakai.

HONOR Earbuds 3 Pro kini rasmi di Malaysia pada harga RM 699 10

HONOR Earbuds 3 Pro diilengkapi dengan Coaxial Dual-Driver Design Super-Amplitude Driver & Piezoelectric Ceramic Tweeter pertama dunia yang menghasilkan bunyi yang sedap didengar serta bes yang rancak.

Selain itu, earbuds terbaru HONOR ini juga disertakan dengan teknologi Adpative Active Noise Cancelling (Adaptive ANC) dan penghubung yang dipertingkatkan dapat membenarkan pengguna menikmati muzik yang mengasyikkan dan bunyi yang lebih mendalam semasa bermain game atau panggilan.

 

HONOR Earbuds 3 Pro kini rasmi di Malaysia pada harga RM 699 11

HONOR Earbuds 3 Pro merupakan yang pertama dalam industri hadir dengan teknologi pemantauan suhu AI. Hanya tiga kali sentuhan dan anda akan menerima data suhu dengan mudah.

HONOR Earbuds 3 Pro kini rasmi di Malaysia pada harga RM 699 12

Selain itu, HONOR Earbuds 3 Pro juga disertakan dengan bekas pengecasan memiliki teknologi pengecasan pantas 5C dimana hanya 5 minit pengecasan diperlukan untuk menikmati muzik selama 2 jam. Fungsi pengecasan tanpa wayar juga  tersedia dan anda boleh menikmati pengecasan terbalik tanpa wayar dengan HONOR Magic4 Pro.

HONOR Earbuds 3 Pro ditawarkan didalam dua warna iaitu White dan Gray pada harga RM 699.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.