Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Redmi K50 Ultra dijangka akan dilancarkan dengan Snapdragon 8 Gen 1+ dan pengecasan 120W

Redmi K50 Ultra dijangka akan dilancarkan dengan Snapdragon 8 Gen 1+ dan pengecasan 120W 3

Redmi K50 Series mungkin tidak memasuki pasaran global namun di China, satu lagi model baharu dijangka akan diperkenalkan tidak lama lagi dan ianya akan hadir dengan cip flagship terbaru Qualcomm iaitu Snapdragon 8 Gen 1+.

Laporan ini telah dikeluarkan oleh leakster terkenal iaitu Digital Chat Station dan telefon pintar ini akan dilancarkan sebagai Redmi K50 Ultra.

Selain itu, Redmi K50 Ultra dijangka akan hadir dengan spesifikasi yang hampir sama seperti Redmi K50 Pro namun dengan kamera 50MP yang mempunyai saiz sensor lebih besar.

Ini bermaksud Redmi K50 Ultra akan memiliki skrin paparan ‘flat’ OLED 120Hz yang mempunyai resolusi FHD+.

Selain itu, Redmi K50 Ultra dijangka akan hadir dengan bateri berkapasiti antara 4,800 hingga 5,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 120W.

Sumber: GSMArena

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.