Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor Magic4 Pro : Penanda aras baharu untuk keupayaan pengimejan flagship Android

 

HONOR Magic4 Pro telah disahkan akan di Malaysia pada 1 Jun 2022 .

HONOR Magic4 Pro merupakan telefon pintar flagship pertama HONOR yang akan dilancarkan di Malaysia dan ianya tiba selepas pelancaran HONOR X Series baru-baru ini.

Sejak dilancarkan di MWC 2022 awal tahun ini, peranti tersebut menjadi perbualan hangat peminat kerana menampilkan sistem kamera berevolusi Ultra Fusion Photography yang dibangunkan sendiri bersama teknologi HONOR Magic-Log.

Rekaan paling berkuasa dalam sejarah HONOR dengan Ultra Fusion Photography kelas terbaik

HONOR Magic4 Pro menaikkan penanda aras industri dengan menampilkan Kamera Lebar 50MP, Kamera Lebar Ultra 122° 50MP serta Kamera Telefoto Periskop 64MP yang kesemuanya dikuasakan oleh Ultra Fusion Photography bagi menghasilkan imej berdefinisi tinggi dan jelas

Dengan kombinasi Kamera Lebar 50MP dan Kamera Lebar Ultra 50MP, peningkatan ketajaman dan kejelasan imej boleh dicapai 65%.

HONOR Magic4 Pro mempunyai Zum Optikal 3.5x dan Zum Digital 100x yang dipertingkatkan lagi dengan Kamera Telefoto Periskop 64MP yang menambahbaik kejelasan imej sehingga 160%.

Kelebihan teknologi ini pastinya menambah keyakinan penggemar fotografi dalam mengawal teknik dan gaya mengambil gambar.

Telefon Pintar yang dihasilkan untuk Videografi

Dengan menawarkan rakaman tahap sinematik, HONOR Magic4 Pro mempunyai ciri-ciri HONOR Magic-Log Movie Master dan Kesan Filem AI, menjadikannya yang pertama dalam industri untuk merakam video 10-bit Log 4K dalam 60fps, sekaligus membawa kepada satu lagi peningkatan penanda aras dalam industri.

HONOR Magic4 Pro membolehkan hasil rakaman seperti filem di hujung jari anda dengan detik-detik menikmati makanan di kafe dan melihat anak-anak membesar pastinya berbaloi untuk dirakam dan disimpan sebagai kenangan.

Format Log yang biasanya digunakan untuk merakam filem tahap profesional membolehkan pengguna mencantikkan lagi penghasilan video mereka dengan tona warna sinematik dalam kejelasan HDR.

Dilengkapi keupayaan Sinematik 3D LUT (Look Up Table) dengan format Magic-Log, pengguna boleh menyunting video dengan warna hue yang hebat, sekaligus dapat menghasilkan stail warna dan suasana ala-ala Hollywood dalam kandungan mereka.

Bersama teknologi inovatif HONOR, peranti tersebut mengetengahkan sediaan kamera yang mudah dan cepat.

Untuk dapatkan maklumat terkini HONOR Magic4 Pro, layari https://www.hihonor.com/my/phones/honor-magic4-pro/ atau ikuti Facebook HONOR Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.