Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OPPO Reno8 Pro dan Reno8 turut dilancarkan – Snapdragon 7 Gen 1 dan MariSilicon X

OPPO secara rasminya telah melancarkan OPPO Reno8 Series yang terdiri daripada tiga model iaitu OPPO Reno8, Reno8 Pro dan Reno8 Pro+.

OPPO Reno8 Pro+ kini rasmi dengan Dimensity 8100 Max dan MariSilicon X

OPPO Reno8 Pro

OPPO Reno8 Pro merupakan telefon pintar pertama dipasaran dengan cip Snapdragon 7 Gen 1 yang baru diumumkan beberapa hari lalu.

Selain itu, OPPO Reno8 Pro juga akan hadir dengan cip NPU MariSilicon X manakala tetapan kamera adalah sama seperti Reno8 Pro+ iaitu sensor utama 50MP IMX766, sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP.

Selain itu, OPPO Reno8 Pro+ memiliki skrin paparan AMOLED berukuran 6.62-inci dengan kadar segar semula 120Hz dan kamera selfie 32MP tanpa pemfokusan auto.

Seterusnya, OPPO Reno8 Pro juga memiliki bateri 4,500mAh bersama pengecasan 80W SuperVOOC dan ColorOS 12.1 di atas Android 12.

OPPO Reno8 Pro akan ditawarkan dalam warna blue, black dan gradient pada harga seperti berikut :

OPPO Reno8 Pro 8/128GB – CNY 2,999

OPPO Reno8 Pro 8/256GB – CNY 3,199

OPPO Reno8 Pro 12/256GB – CNY 3,499

OPPO Reno8

OPPO Reno8 merupakan model termurah didalam Reno8 Series dan ianya hadir dengan skrin paparan 90Hz AMOLED berukuran 6.43-inci.

OPPO Reno8 dikuasakan dengan cip MediaTek 1300, 8GB atau 12GB RAM dan storan dalam sehingga 256GB serta ColorOS 12.1

Selain itu, OPPO Reno8 memiliki sensor utama 50MP, sensor monokrom 2MP dan sensor makro 2MP.

Akhir sekali, Reno8 juga memiliki bateri yang sama seperti model Reno8 yang lain iaitu bateri 4,500mAh dan sokongan pengecasan pantas 80W SuperVOOC.

OPPO Reno8 akan ditawarkan pada harga seperti berikut :

OPPO Reno8 8/128GB – CNY 2,499

OPPO Reno8 12/128GB – CNY 2,699

OPPO Reno8 12/256GB – CNY 2,999

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.