Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Proses pembuatan HONOR Magic4 Pro mempunyai beberapa inovasi teknologi yang pertama dalam industri

HONOR Magic4 Pro telah disahkan akan dilancarkan di Malaysia pada bulan Jun dan HONOR sudah mendedahkan Taman Perindustrian Pembuatan Pintar HONOR kepada umum yang turut melibatkan pengeluaran HONOR Magic4 Pro.

Berdasarkan wawancara dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) HONOR Global George Zhao dan juga maklumat yang dikumpul, pelbagai peringkat prosedur pengilangan dan teknologi unik bagi pembuatan HONOR Magic4 Pro boleh disaksikan sendiri oleh orang awam.

Bertempat di Shenzen, China, Taman Perindustrian Pembuatan Pintar HONOR secara khusus mengeluarkan telefon pintar premium Siri HONOR Magic dan Siri HONOR Number, termasuk skrin boleh lipat HONOR Magic V dan HONOR Magic4 Pro yang akan dilancarkan di Malaysia.

Taman perindustrian serba canggih ini turut merangkumi pusat untuk pengesahan produk baru, penghasilan telefon pintar flagship berkualiti tinggi, pembangunan proses dan teknologi baru serta pembuatan kapasiti pintar.

Kalibrasi dan alat ujian automatik – Fotografi Gabungan Ultra

Bagi mencapai tahap Fotografi yang maju, HONOR Magic4 Pro dinaik taraf daripada model sebelumnya dengan penambahbaikan kalibrasi.

Kamera-kamera peranti tersebut kini digabungkan dengan algoritma AI untuk imej lebih teliti dan warna yang lebih asli.

Alat ujian automatik penuh telah dikendalikan melibatkan 100 ujian jarak penuh panjang tumpuan, ditambah dengan platform digital untuk mengumpul data berdasarkan 300 parameter dalam masa sebenar untuk memastikan keseragaman dan kualiti kepenggunaan.

Unit Pancaran Bunyi Dual Pintar Pertama Industri – AI Privacy Call

HONOR Magic4 Pro dilengkapi ciri AI Privacy Call yang pertama dalam industri yang dipasangkan di dalam peranti tersebut.

Teknologi ini boleh menyelesaikan masalah ketirisan bunyi yang biasanya ada dalam telefon pintar.

Ciri tersebut menggunakan Unit Pancaran Bunyi Dual Pintar Pertama Industri yang memerlukan alat konduksi khas.

Pemasangan alat konduksi dalam skrin memerlukan ketepatan yang sangat tinggi kerana sebarang kesilapan kecil boleh menjejaskan skrin.

Bagi menyempurnakannya, pasukan R&D dan pembuatan mengambil masa selama tiga bulan untuk membangunkan alat pemasangan berketepatan tinggi automatik yang menggunakan komputer dan algoritma yang optimum untuk mencapai ketepatan 0.01mm, seterusnya memberikan kadar hasil 99.99%.

Sistem ujian automatik – Kadar Penyerapan Spesifik Rendah

HONOR mengadaptasikan sistem ujian automatik penuh untuk Kadar Penyerapan Spesifik bagi memastikan keselamatan produknya dan ini menjadi penanda aras setiap telefon pintar HONOR terhadap standard tertinggi dalam industri.

Berdasarkan data daripada makmal kualiti syarikat ini, HONOR Magic4 Pro mempunyai nilai SAR diperlukan yang rendah iaitu 56% lebih rendah daripada standard paling ketat antarabangsa.

Proses pemasangan skrin eksklusif – Paparan LTPO 3D

Dihasilkan menggunakan teknologi lengan robotik enam paksi, kamera berketepatan tinggi dan algoritma penglihatan komputer yang dibangunkan sendiri, proses pemasangan HONOR mempunyai kadar ketepatan ±0.075mm dan ini menghasilkan toleransi pembuatan 0.1mm. Angka-angka ini menjadi bukti kepada keupayaan pembuatan terunggul HONOR.

Untuk maklumat terkini tentang  HONOR Magic4 Pro di Malaysia, layari laman sesawang rasmi HONOR Malaysia dan klik “Notify Me” untuk melanggani berita di sini di: https://www.hihonor.com/my/offer/activity/

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.