HUAWEI MatePad 10.4 dan komputer riba MateBook D15 kini rasmi di Malaysia
HUAWEI Malaysia secara rasminya telah melancarkan beberapa produk baharu dibawah ekosistem Smart Office iaitu HUAWEI MatePad 10.4, HUAWEI MateBook D15, mesin pencetak PixLab X1, pembesar suara mudah alih Sound Joy dan router WiFi Mesh 3.
HUAWEI MatePad 10.4
HUAWEI MatePad 10.4 hadir dengan skrin paparan HUAWEI FullView 2K berukuran 10.4-inci dengan sistem operasi HarmonyOS 2.
Tablet ini juga hadir dengan pemproses Kirin 710A, GPU Mali G51, 4GB RAM dan storan dalaman 128GB.
Selain itu, MatePad 10.4 juga hadir dengan kamera belakang 13MP, kamera hadapan 8MP, bateri berkapasiti 7,250mAh dan sokongan M Pencil generasi kedua.
HUAWEI MatePad 10.4 ini menyokong ekosistem Smart Office dan mampu berfungsi sebagai Super Device untuk perhubungan berbilang peranti yang mudah untuk digunakan.
HUAWEI MatePad 10.4 akan ditawarkan pada harga RM 1,599 bagi versi LTE dan pra-tempahan akan dibuka pada 22 April sehingga 2 Mei dengan setiap pra-tempahan akan menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM 899 yang termasuk HUAWEI M-Pencil Gen 2 dan HUAWEI Smart Keyboard.
Maklumat lanjut mengenai HUAWEI MatePad 10.4 di SINI
HUAWEI MateBook D15
HUAWEI MateBook D15 adalah komputer riba terbaru syarikat yang dikuasakan dengan cip generasi ke-11 Intel Core i5-1135G7, 8 atau 16GB RAM dan storan 512GB jenis NVMe PCle SSD.
HUAWEI MateBook D15 memiliki skrin paparan berukuran 15.6-inci dengan resolusi FHD+ .
Komputer riba ini juga menyokong WiFi 6, grafik Intel Iris Xe, Bateri 42Wh dengan pengecasan pantas 65W dan kamera web tersembunyi pada papan kekunci.
HUAWEI MateBook D15 akan ditawarkan mulai 22 April ini pada harga RM 3,099 bagi varian 8/512GB manakala varian 16/512GB akan ditawarkan pada harga RM 3,399 dan setiap pembelian varian ini akan turut menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM 827.
Maklumat lanjut mengenai MateBook D15 di SINI