Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pandang Pertama : Samsung Galaxy A33 5G – Galaxy A Series termurah pada harga 1,499

Samsung Galaxy A Series merupakan telefon pintar kelas midrange popular daripada syarikat gergasi Korea Selatan ini.

Tahun ini, Samsung berazam untuk menawarkan lebih banyak spesifikasi kelas flagship pada Galaxy A Series 2022 yang terdiri daripada tiga model iaitu Samsung Galaxy A33 5G, Samsung Galaxy A53 5G dan Samsung Galaxy A73 5G.

Model paling murah didalam siri Galaxy A tahun ini adalah Samsung Galaxy A33 5G namun murah bukan bermaksud ianya tidak menawarkan sebarang ciri yang menjadi idaman pengguna yang mencari telefon pintar mampu milik.

Samsung Galaxy A33 5G kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,499 dan berikut adalah pandang pertama telefon pintar ini.

Skrin Paparan Super AMOLED Infinity-U

Pengalaman flagship pada sebuah telefon pintar bermula daripada skrin dan Galaxy A33 5G dilihat mampu menawarkan ini kepada pembeli.

Untuk ini, Samsung Galaxy A33 5G dilengkapi dengan skrin paparan Super AMOLED Infinity-U berukuran 6.4-inci yang akan memberikan pengguna pengalaman visual setaraf flagship dan ianya turut menyokong kadar segar semula 90Hz.

Pemproses 5nm berkuasa tinggi dan storan yang luas

Samsung Galaxy A33 5G dikuasakan dengan cipset 5nm yang dilihat mampu memberikan penggunaan sebuah telefon pintar dengan prestasi pemprosesan berkuasa tinggi. Ianya juga disertakan dengan 8GB RAM dan teknologi RAM Plus yang membaca corak penggunaan anda dan menyediakan RAM maya tambahan untuk prestasi multitasking yang lebih baik.

Anda boleh menetapkan sehingga 8GB kapasiti storan dalaman sebagai RAM Plus untuk meningkatkan prestasi aplikasi.

Kamera utama 48MP lengkap dengan OIS

Satu lagi ciri yang biasa ditawarkan pada telefon pintar flagship yang ada pada Galaxy A53 5G adalah sistem kamera yang memiliki Optical Image Stabilization.

Ini bermaksud sensor utama 48MP yang dimiliki Samsung Galaxy A33 5G mampu mengambil gambar dan video yang lebih jelas tanpa sebarang kekaburan akibat daripada pergerakan tangan.

OIS berfungsi untuk menyingkirkan pergerakan tangan ketika gambar diambil sekaligus memberikan hasil gambar yang lebih jelas dan berkualiti.

Selain itu, Samsung Galaxy A33 5G juga memiliki satu sensor ultra wide 8MP dan sensor depth 2MP manakala kamera selfie adalah 32MP.

Bateri 5,000mAh & Pengecasan Pantas 25W

Samsung Galaxy A33 5G memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh iaitu kapasiti yang sama seperti yang ditawarkan pada Galaxy A53 5G dan Galaxy A73 5G.

Di atas kertas, Samsung menjanjikan sehingga dua hari jangka hayat bateri dan ianya turut disertakan dengan sokongan pengecasan pantas 25W namun adapter harus dibeli secara berasingan.

Selain itu, Samsung Galaxy A33 5G juga memiliki pensijilan kalis air IP67, sokongan NFC, pembesar suara stereo Dolby Atmos dan sensor capjari terbina dalam skrin.

Samsung Galaxy A33 5G kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,499 dan terdapat 4 pilihan warna menarik iaitu Awesome Blue, Awesome White, Awesome Black dan Awesome Peach.

Dapatkan Samsung Galaxy A33 5G di Samsung Experience Store, Samsung Online Store dan pelbagai saluran jualan rasmi.

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.