Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI WiFi Mesh 3, pencetak laser HUAWEI PixLab X1 dan pembesar suara HUAWEI Sound Joy kini rasmi di Malaysia

Selain pelancaran HUAWEI MateBook D15 dan HUAWEI MatePad 10.4, majlis pelancaran HUAWEI Smart Office juga telah menyaksikan pelancaran tiga produk iaitu mesin pencetak PixLab X1, pembesar suara mudah alih Sound Joy dan router WiFi Mesh 3.

HUAWEI PixLab X1 – Pencetak pintar Laser HarmonyOS Pertama di Dunia 

HUAWEI PixLab X1 ialah pencetak laser 3-dalam-1 berkuasa yang menggabungkan fungsi pencetakan, penyalinan dan pengimbasan menjadi satu.

Bertujuan untuk membawa pengalaman pencetakan yang lebih intuitif dengan ketersambungan pencetak yang dipertingkatkan, HUAWEI menghilangkan kebimbangan kebanyakan pengguna mengenai kerumitan penggunaan pencetak, sambil pada masa yang sama memberikan pengalaman pencetakan yang menjimatkan kos.

Selain daripada sambungan rangkaian yang mudah, HUAWEI PixLab X1 juga boleh disambungkan ke peranti lain melalui Aplikasi HUAWEI AI Life yang menjadikan proses sambungan rangkaian diselesaikan dengan cepat.

HUAWEI Sound Joy 

HUAWEI Sound Joy adalah usaha bersama HUAWEI dan syarikat teknologi audio Perancis Devialet.

Pembesar suara ini memanfaatkan teknologi Devialet SAM, HUAWEI Sound Joy ialah pembesar suara yang padat, bergaya dan mudah alih yang direka untuk kegunaan harian, sambil memberikan kemudahan yang luar biasa dan pengalaman audio premium.

HUAWEI Sound Joy tampil dengan reka bentuk fabrik tenunan serba baharu yang turut menawarkan rintangan habuk dan air bertaraf IP67 serta permukaan anti-gelincir, menjadikannya lasak dan tahan lasak merentas senario.

Pembesar suara ini juga memiliki bateri terbina berkapasiti besar yang menyokong sehingga 26 jam waktu pendengaran dan sokongan pengecasan pantas.

HUAWEI WiFi Mesh 3 

HUAWEI WiFi Mesh 3 bukan sahaja mudah digunakan, tetapi juga menawarkan pengalaman pintar yang tidak ditawarkan oleh router Mesh tradisional lain dipasaran.

Daripada memasukkan kata laluan pafa bahagian tetapan peranti anda, anda boleh menyentuh peranti HUAWEI pada HUAWEI WiFi Mesh 3 untuk menyambung ke rangkaian Wi-Fi, yang menjadikannya begitu mudah untuk tetamu atau saudara mara anda mengakses rangkaian.

Selain itu, anda boleh memantau liputan rangkaian visual di rumah atau pejabat anda melalui aplikasi HUAWEI AI Life pada peranti anda.

Dalam aplikasi, anda boleh mencari peta haba yang menunjukkan liputan rangkaian anda untuk memastikan tiada zon mati internet di rumah atau pejabat anda.

HUAWEI WiFi Mesh 3 akan mula ditawarkan di Malaysia pada bulan Mei manakala HUAWEI PixLab X1 dan HUAWEI Sound Joy akan ditawarkan di Malaysia mulai bulan Jun 2022. Harga bagi semua produk ini tidak diumumkan buat masa sekarang.

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.