Telefon pintar flagship Poco F4 GT akan dilancarkan pada 26 April ini – guna cip Snapdragon 8 Gen 1
Poco secara rasminya telah mengesahkan pelancaran telefon pintar flagship Poco F4 GT pada 26 April ini.
Poco F4 GT dikatakan sebagai model Redmi K50 Gaming yang dijenama semula untuk pasaran global dan ini bermaksud ianya akan hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen 1.
Poco F4 GT dijangka akan tampil dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.67-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz. Panel ini juga output 10bit warna dan turut dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla Glass Victus.
Ke bahagian kamera, Poco F4 GT akan memiliki sensor utama 64MP Sony IMX 686, satu sensor ultrawide 8MP dan sensor telemakro 2MP. Kamera selfie adalah 20MP Sony IMX 596.
Beralih kepada bateri, Poco F4 GT akan hadir sel berkapasiti 4,700mAh dengan pengecasan pantas 120W dan ianya boleh dipenuhi didalam masa 17 minit sahaja.
Selain itu, Poco F4 GT juga akan hadir dengan antaramuka MIUI 13 yang berasaskan Android 12, Wi-Fi 6E dan NFC.