Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OPPO A96 kini rasmi di Malaysia dengan skrin 90Hz dan kamera 50MP – RM 1,299 sahaja

 

OPPO secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar terbaru didalam siri OPPO A untuk pasaran Malaysia iaitu OPPO A96.

OPPO A96 hadir dengan skrin paparan FHD+ berukuran 6.59-inci yang memiliki kadar segar semula 90Hz yang turut dilengkapi dengan teknologi Adaptive Refresh Rate yang dibangunkan sendiri oleh OPPO.

Beralih ke bahagian dalaman, OPPO A96 dikuasakan dengan cip Snapdragon 680, 8GB RAM + 5GB RAM Expansion dan storan dalaman 256GB.

Selain itu, OPPO A96 hadir dengan satu sensor utama 50MP yang dipadankan bersama satu sensor bokeh 2MP. Kamera selfie telefon pintar ini adalah sensor 16MP IMX 47.

Dalam pada itu, OPPO A96 juga memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh yang turut disertakan pengecasan pantas 33W SUPERVOOC untuk memberikan anda pengecasan penuh peranti didalam masa 71 minit sahaja.

OPPO A96 akan dibuka untuk pra-tempahan mulai dari 18 April sehingga 22 April 2022 dengan harga RM1,299.

Para pelanggan yang membuat pra-tempahan OPPO A96 akan turut menerima hadiah-hadiah bernilai dari RM498 sehingga RM947. Semak butiran lanjut di bawah:

Pra- tempah OPPO A96 di Kedai Jenama OPPO 

  • Kotak hadiah percuma (bank kuasa dan payung) bernilai RM99
  • tawaran PWP sama ada OPPO Watch Free, OPPO Band atau Enco Air2 pada potongan 50% (jimat sehingga RM215)
  • Kad Touch‘n Go atau baucar KFC bernilai RM20
  • Sampul Raya edisi terhad

Pra-tempah OPPO A96 di Platform E-dagang

  •  tawaran PWP sama ada OPPO Watch Free, OPPO Band atau Enco Air2 pada potongan 50% (jimat sehingga RM215)
  • Kotak hadiah percuma (bank kuasa dan payung) bernilai RM99
  • Rebat RM100 daripada bank
  • Baucar bernilai RM50 daripada kedai atas talian OPPO atau Shopee Wallet bernilai RM50
  • Pin tambah nilai Touch‘n Go bernilai RM5 (tertakluk kepada terma dan syarat)
  • Lampu sensor pergerakan dan kad sim bernilai RM79

Pra-tempah OPPO A96 di Pengedar Sah OPPO dan Rakan Kongsi Kedai Rangkaian

  • Kotak hadiah percuma (powerbank dan payung) bernilai RM99

Para pelanggan kini boleh memilih untuk membuat pra-pesanan di semua My Oppo Space, Kedai-kedai Jenama OPPO, Kedai Atas Talian Rasmi OPPO, Pengedar-Pengedar Sah OPPO, Kedai-kedai Atas Talian Sah OPPO, Rakan Kongsi Kedai Rangkaian dan Rakan-rakan E-dagang seperti Shopee dan Lazada.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pra-pesanan, sila lihat di SINI

Untuk maklumat lanjut mengenai OPPO A96, sila layari https://www.oppo.com/my/smartphones/series-a/a96-ms/.

Untuk meraikan pelancaran OPPO A96, OPPO membawa sambutan perayaan ke tahap yang lebih tinggi dengan melancarkan “Cabaran Gandakan Perayaan”yang akan berlangsung bermula 18 April sehingga 9 Mei 2022 dan pelanggan berpeluang membawa pulang hadiah bernilai sehingga RM 7,000.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.