Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Black Shark 5 RS dan Black Shark 5 dilancarkan dengan Skrin AMOLED 144Hz namun tiada cipset Snapdragon 8 Gen 1


Selain Black Shark 5 Pro, Black Shark juga memperkenalkan dua lagi telefon pintar Black Shark iaitu Black Shark 5 RS dan Black Shark 5.

Black Shark 5 Rs

Black Shark 5 RS hadir dengan cip Snapdragon 888 dan Snapdragon 888+ jika anda memilih versi 12/256GB. Selain itu, Black Shark 5 RS juga menggunakan penyelesaian storan yang sama seperti Black Shark 5 Pro (SSD NVMe dan UFS 3.1) dan penyejukan ruang wap yang sama.

Black Shark 5 RS memiliki bateri berkapasiti 4,500mAh dengan pengecasan pantas 120W yang bermaksud bateri boleh dicaj penuh didalam masa 15 minit sahaja.

Beralih kepada skrin, Black Shark 5 Pro memiliki skrin paparan AMOLED berukuran 6.67-inci yang mempunyai sokongan HDR10 dan DCI-P3 dengan kecerahan maksima 1,300nits. Skrin ini juga menyokong kadar segar semula 144Hz dan pensampelan sentuhan skrin 720Hz serta butang magnetik pada sisi.

Selain itu, BS 5 RS juga menampilkan pengguna dwi-pembesar suara dengan Hi-Res Audio dan DTS:X Ultra. Terdapat juga bicu audio 3.5mm pada telefon pintar ini.

Pada bahagian kamera pula, Black Shark 5 RS memiliki sensor utama 64MP namun sensor lain adalah sama seperti Black Shark 5 Pro iaitu sensor ultrawide 13MP dan sensor telemakro 5MP.

Black Shark 5 RS akan ditawarkan pada harga dari CNY 3,199 (RM 2,115)

Black Shark 5

Black Shark 5 ditawarkan dengan cip Snapdragon 870 dan juga mempunyai dua ruang wap untuk penyejukan yang efektif. Ianya juga dipadankan dengan 8Gb atau 12GB RAM LPDDR5 manakala storan dalaman adalah jenis UFS 3.1 dengan kapasiti 128GB/256GB.


Black Shark 5 juga menampilkan pengguna skrin paparan AMOLED 6.67-inci yang sama seperti Pro dan RS dengan kadar segar semula 144Hz dan terdapat juga butang magnetik pada bahagian sisi.

Pada bahagian kamera, Black Shark 5 menggunakan tetapan kamera seperti Black Shark 5 RS iaitu sensor utama 64MP, sensor ultrawide 13MP dan sensor telemakro 5MP. Kamera selfie adalah 16MP.

Ke bahagian bateri, Black Shark 5 memiliki bateri 4,650mAh dengan pengecasan pantas 120W yang bermaksud pengecasan penuh didalam masa 15 minit sahaja.

Black Shark 5 Pro ditawarkan pada harga dari CNY 2,699 (RM 1,789).

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.