Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Black Shark 5 Pro kini rasmi dengan Snapdragon 8 Gen 1 dan skrin AMOLED 144Hz


Pengeluar telefon pintar gaming iaitu Black Shark secara rasminya telah melancarkan generasi baharu telefon pintar mereka iaitu Black Shark 5 yang tampil didalam tiga model iaitu Black Shark 5 Pro, Black Shark 5 RS dan Black Shark 5.

Pada artikel ini kita akan memperkatakan tentang Black Shark 5 Pro

Black Shark 5 Pro

Sesuai dengan namanya, Black Shark 5 Pro merupakan model paling atas yang dilancarkan dan ianya dilancarkan dengan cip Snapdragon 8 Gen 1 yang dipadankan dengan 16GB RAM LPDDR5 dan storan dalaman 512GB. Storan ini dibahagikan kepada dua jenis iaitu 256GB NVMe SSD dan 256GB storan UFS 3.1. Teknologi ini dikenali sebagai DM Cache yang membolehkan kelajuan bacaan fail pada storan.

Cip ini juga disertakan dengan dua ruang wap 4,323 mm² dan 997 mm².

Xiaomi Black Shark 5 Pro hadir dengan skrin paparan 6.67-inci yang merupakan panel 10-bit yang menyokong HDR10+ dan gamut warna DCI-P3. Skrin ini juga menyokong kadar segar semula 144Hz dan kadar pensampelan sentuhan 720Hz serta butang magnetik pada sisi.

Beralih kepada bateri, Black Shark 5 Pro hadir dengan bateri berkapasiti 4,650mAh yang menyokong pengecasan pantas 120W yang membolehkan kapasiti penuh dicapai didalam masa 15 minit sahaja.

Selain itu, Black Shark 5 Pro juga mempunyai dua pembesar suara yang telah dinobatkan telefon pintar dengan sistem audio terbaik DxOMark dengan 86 mata dan terdapat X-axis linear motor untuk tindak balas haptik yang lebih baik.

Akhir sekali, Black Shark 5 Pro memiliki sensor utama 108MP 1/1.52”, sensor ultrawide 13MP 120° dan sensor telefoto 5MP.

Black Shark 5 Pro akan ditawarkan mulai bulan hadapan pada harga dari CNY 4,199. Penawaran global dijangka akan bermula tidak lama lagi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.