Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Terokai Nightography yang luar biasa dengan Samsung Galaxy S22 Ultra

Sejak dilancarkan pada awal bulan Februari yang lalu, Samsung Galaxy S22 Series telah terbukti sebagai telefon pintar flagship premium terhangat dipasaran terutamanya Samsung Galaxy S22 Ultra.

Dengan reka bentuk unik dan penawaran S Pen terbina, Samsung Galaxy S22 Ultra dilihat sebagai sebuah peranti Galaxy S terbaik pernah dikeluarkan syarikat ini.

Selain S Pen, sinonim dengan Samsung Galaxy S Series adalah aspek fotografi yang terbaik dan pada tahun ini Samsung memfokuskan kepada fotografi malam atau Nightography.

Dengan penggunaan cip Snapdragon 8 Gen 1 dan enjin AI yang jauh lebih berkuasa berbanding generasi sebelum ini.

Dalam pada itu, Samsung Galaxy S22 Ultra menampilkan penggunaan sensor utama 108MP , sensor ultrawide 12MP, sensor telefoto 12MP 3x dan sensor periskop 12MP 10x yang memberikan anda prestasi kamera terbaik dipasaran.

Selain itu, Nightography atau fotografi malam melibatkan AI dan enjin AI yang berkuasa tinggi pada Galaxy S22 Ultra telah membolehkan telefon pintar ini memberikan kualiti fotografi yang luar biasa dan lebih baik berbanding pada generasi sebelum ini.

Berikut kami kongsikan untuk anda hasil gambar Nightography Samsung Galaxy S22 Ultra.

Samsung Galaxy S22 Ultra kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 5,099 dan anda boleh mendapatkanya di Samsung Experience Store dan Samsung Online Store

Anda juga boleh membaca ULASAN : Samsung Galaxy S22 Ultra – Ini adalah Note terbaik

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.