Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Lebih daripada Pakar Portret, OPPO Reno7 5G meningkatkan kecekapan kerja sebanyak 50% dengan ciri Penambahan RAM dan Sambungan PC

Lebih daripada Pakar Portret, OPPO Reno7 5G meningkatkan kecekapan kerja sebanyak 50% dengan ciri Penambahan RAM dan Sambungan PC

Telefon pintar Siri OPPO Reno sentiasa digelar sebagai Pakar Portret kerana kemampuan telefon pintar ini yang dapat mengambil gambar dan video portret setaraf kameraDSLR tanpa sebarang kemahiran spesifik.

Perkara ini menjadi kenyataan dengan  penggunaan Sistem Kamera Potret Dwi-Andalan yang berkuasa iaitu sensor kamera flagship IMX 709 yang dihasilkan oleh OPPO dan Sony dan sensor IMX 766 untuk hasil mod potret dan Video Suar Bokeh yang mengagumkan.


Walaubagaimanapun, kemampuan telefon pintar Siri OPPO Reno7 atau secara khususnya OPPO Reno7 5G melangkaui aspek fotografi potret, ianya adalah sebuah peranti berkuasa tinggi yang mampu memenuhi keperluan kerja, hiburan dan banyak lagi. Ianya juga banyak membantu anda melalui aspek kehidupan sehari yang mencabar

Nak tahu kelebihan yang dimiliki oleh OPPO Reno7 5G?, jom baca lanjut tentang ciri menarik telefon pintar ini yang kami suka.

Reka Bentuk OPPO Glow + Berketahanan Tinggi

OPPO Reno7 5G menampilkan reka bentuk mercu OPPO Glow yang sentiasa berkembang dari satu generasi ke generasi yang lain.

Selain itu, OPPO Reno7 5G hadir dengan reka bentuk ultra-nipis yang memberikan penampilan premium dengan ketebalan 7.81mm dan berat sekitar 173gram.

Seterusnya, OPPO Reno7 5G ditawarkan dengan dua warna iaitu Starry Black dan Startrails Blue namun kami lebih meminati warna Startrails Blue yang diperbuat daripada proses pembuatan LDI (Laser Direct Imaging). 


Panel belakang Startrails Blue ini mempunyai kesan hujan meteor yang terdiri daripada dua lapisan warna, memberikan berbilang perubahan warna yang dinamik. 

Panel belakang OPPO Reno7 5G bukan hanya menarik untuk dipandang, ianya juga diperbuat daripada bahan industri angkasa lepas yang lebih lasak dan permukaan panel ini sentiasa bebas daripada cap jari serta tidak mudah calar

Ciri ColorOS12 seperti Sambungan PC (PC Connect), Kawalan Tanpa Sentuhan, Omoji dan Anti-Intipan untuk Notifikasi.

OPPO Reno7 5G hadir dengan antaramuka terbaru ColorOS 12 yang membawakan pelbagai ciri yang memudahkan lagi penggunaan peranti.

Antara ciri menarik pada ColorOS yang ada pada OPPO Reno7 5G adalah seperti berikut :

Sambungan PC (PC Connect) – Membolehkan pengguna bekerja dengan lancar antara telefon pintar dan komputer. Apabila dalam ekosistem pejabat berbilang skrin, anda boleh berinteraksi dengan telefon pintar pada komputer dan berkongsi data antara komputer dan telefon. Pengguna boleh bekerja dengan lebih cekap dengan memfokuskan pada satu skrin sahaja tanpa perlu bertukar-tukar antara peranti

Kawalan Tanpa Sentuhan– Pengguna dapat menjawab dan menolak panggilan atau mengawal aplikasi dengan memberi isyarat menggunakan tangan tanpa menyentuh telefon pintar.

Anti-Intipan untuk Notifikasi – Menyembunyikan kandungan notifikasi jika orang lain sedang melihat telefon pintar.

Omoji dan ikon 3D – Sejumlah 14 bilion kombinasi ciri membolehkan anda mencipta imej Omoji yang semula jadi dan menarik. Lebih daripada 200 elemen dan emoticon yang diperibadikan dan bergaya tersedia sekarang.

Pengecasan Gred Flagship OPPO 65W SuperVOOC 

OPPO Reno7 5G juga dilengkapi dengan bateri 4,500mAh yang mampu memberikan anda jangka hayat bateri yang cukup panjang dan ianya turut dilengkapi teknologi pengecasan terkemuka OPPO iaitu 65W SuperVOOC yang membolehkan pengecasan penuh dilakukan sepantas 31 minit sahaja.

Storan Dalaman lebih besar dan teknologi Penambahan RAM 

OPPO Reno7 5G memiliki storan dalaman 256GB yang amat mencukupi untuk anda menyimpan kesemua fail anda tanpa perlu risau kekurangan ruang storan. 

Bersama storan ini, ia juga memiliki 8GB RAM yang amat mencukupi untuk menguruskan segala sumber telefon pintar ini namun jika anda memerlukan lebih daripada itu, aktifkan sahaja ciri Penambahan RAM yang memberikan tambahan sehingga 5GB RAM untuk multitasking yang lebih baik dan stabil.

Boleh Juga Menjadi Telefon Pintar Gaming 

OPPO Reno7 5G bukan hanya peranti terbaik untuk fotografi dan kerja rasmi, telefon pintar ini juga mampu memberikan anda pengalaman gaming yang boleh tahan dengan pelbagai ciri seperti berikut :

Penstabil Kadar Bingkai – ciri ini memantau prestasi sistem dan perubahan suhu dan mengekalkan kadar bingkai pada kadar optimum untuk memastikan pengalaman permainan yang lebih lancar.

Permulaan Pantas – Memastikan permainan video yang sering dimainkan sentiasa aktif di latar belakang yang membolehkan pengguna memulakan permainan dengan lebih cepat.

Sijil Kefasihan 36-Bulan TÜV SÜD,– Pengiktirafan ini bermaksud OPPO Reno7 5G akan kekal beroperasi seperti telefon pintar baharu untuk tempoh 3 tahun selepas ianya mula digunakan dengan penurunan sekitar 2.75% prestasi selepas itu.

Skrin Paparan AMOLED 90Hz

OPPO Reno7 5G memberikan pengguna pengalaman skrin kelas flagship dengan penggunaan skrin paparan AMOLED berukuran 6.4-inci dengan kadar segar semula 90Hz dan kadar pensampelan sentuhan skrin 180Hz untuk pengalaman skrin yang lebih responsif dan Imersif.

Jika anda suka menonton drama dan filem kegemaran pada platform penstriman popular, anda pasti gembira untuk mengetahui bahawa OPPO Reno7 5G juga mempunyai pensijilan Netflix HD dan Amazon Prime Video yang membolehkan kualiti penstriman terbaik untuk anda.

Tambahan lagi, skrin OPPO Reno7 5G juga telah menerima pengiktirafan dari SGS Eye Care Display Certified sebagai panel rendah cahaya biru yang tidak baik untuk mata.

Kesimpulan

Kesemua ciri tambahan di atas membuktikan OPPO Reno7 5G merupakan sebuah telefon pintar yang lengkap dari semua segi dan bukan saja pakar potret. Ia juga membantu anda bersedia untuk menghadapi pelbagai senario kehidupan seharian

OPPO Reno7 5G kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,999 dan pembelian boleh dilakukan di outlet OPPO Brand Store, Kedai Atas Talian Rasmi OPPO  dan pelbagai saluran jualan rasmi yang lain.

OPPO Reno7 5G:  https://rb.gy/yxflsz

OPPO Reno7 Pro 5G : https://rb.gy/lijfyq



Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.