Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OPPO Reno7 4G dilancarkan dengan cip Snapdragon 680

OPPO Reno7 Z 5G telah dilancarkan di Malaysia petang semalam dan syarikat ini juga telah melancarkan OPPO Reno7 4G di Indonesia.

OPPO Reno7 Z 5G kini rasmi di Malaysia dengan skrin AMOLED dan cip Snapdragon 695 – RM 1,699

OPPO Reno7 4G mempunyai banyak persamaan dengan OPPO Reno7 Z 5G namun berikut adalah spesifikasi lengkap peranti ini.

OPPO Reno7 4G hadir dengan reka bentuk OPPO Glow yang juga disertakan dengan Dual-Orbit Lights pada gelung kamera yang berfungsi sebagai lampu notifikasi.

OPPO Reno7 4G hadir dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.43-inci yang mempunyai resolusi FHD+ namun dengan kadar segar semula 90Hz. Panel ini juga mempunyai lubang punch-hole yang menempatkan kamera selfie 32MP dan dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 5.

OPPO Reno7 4G hadir dengan cip Qualcomm Snapdragon 680 dan ianya juga dipadankan dengan 8GB RAM dan 256GB storan dalaman.

Pada bahagian kamera, OPPO Reno7 4G memiliki sensor utama 64MP, sensor monokrom 2MP dan sensor makro 2MP.

Selain itu, OPPO Reno7 4G juga memiliki bateri berkapasiti 4,500mAh dengan pengecasan pantas 33W SUPERVOOC yang memberikan pengecasan pantas didalam masa 63 minit sahaja.

Lain-lain spesifikasi OPPO Reno7 4G adalah ColorOS 12.1, pensijilan TÜV SÜD 36-Month Fluency Rating A, kalis rintangan air IPX4, Omoji, dan AirGesture.

OPPO Reno7 4G ditawarkan didalam dua warna iaitu Cosmic Black dan Sunset Orange pada harga IDR 5,200,000 atau sekitar RM 1,583.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.